Sunday 22 May 2011

MAJLIS SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2011





Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 telah berlangsung pada 12 Mei 2011 yang lalu di SMPKV Indahpura dalam suasana meriah. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Azan Subuh, Bercerita, Khat dan Nasyid.

SAMBUTAN HARI LAHIR PENDIDIKAN KHAS UNTUK BULAN JANUARI - MEI 2011




Pada 6 Mei 2011 yang lalu, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah membuat sambutan hari lahir untuk 5 orang guru dan 11 orang murid bertempat di Kelas Permata Hati. Satu jamuan turut disediakan untuk semua guru dan murid, selain acara memotong Kek (yang ditaja oleh En. Mohd Nurul Faishal )dan acara bertukar-tukar hadiah. Objektif utama sambutan ini ialah memberi peluang kepada semua murid merasai pengalaman di majlis hari lahir, di samping mempelajari dan membuat persiapan untuk majlis tersebut. Dalam majlis tersebut juga, murid-murid didedahkan dengan konsep memberi dan menerima hadiah sempena hari lahir.

Guru-guru yang meraikan hari lahir dalam majlis tersebut ialah:
1. Pn. Rohaida Bt Mohamad (3 Januari 1980) 
2. Pn. Khairani Bt Hamdan  (27 Februari 1975)
3. Pn. Noraina Bt A Samad (16 Mac 1956)
4. Pn. Raja Hafsah Bt Raja Hamzah (27 Februari 1981)
5. En. Mohd Nurul Faishal B. Abd Ghani (17 April 1984)

Murid-murid yang meraikan hari lahir dalam majlis tersebut ialah:
1. Khirul Faris B. Abd Jalil ( 5 Mac 1994)
2. Mohd Bahauddin B. Mansor (25 April 1994)
3.Mohd Fithri B. Safie ( 21 Mac 1994)
4. Mohd Fikhri B. Safie (21 Mac 1994)
5. Mohd Khairi Zikri B. Abd Halim (10 Februari 1996)
6. Mohd Nor Idham B. Mohd Ali ( 18 April 1997)
7. Mohd Nur B. Zakaria ( 3 Mei 1996)
8. Mohd Razi B. Md Yassin ( 21 Februari 1994) 
9. Nurul Nabila Bt Zainal Abidin ( 8 Mei 1997)
10. Syarifuddin B. Ismail ( 9 Mac 1996)
11. Mohd Rasid B. Zainuddin (22 Mei 1994)       

Saturday 21 May 2011

PASUKAN BOWLING PK SMK BANDAR TENGGARA RAIH TEMPAT KE 3 TAHUN 2011

Pasukan bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 yang berlangsung di IOI Mall, Kulai. Dalam pertandingan tersebut, pasukan SMPKV Indahpura telah berjaya meraih johan keseluruhan apabila mengungguli kategori terbuka Lelaki dan Perempuan. Pasukan SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh Muhammad Nur b. Zakaria, Abdul Latif B. Abd Jalil, Khairul Faris B. Abd Jalil dan Abd Aziz B. Mohd Haithir (4 sepasukan) telah berjaya menduduki tempat ke 3 dengan 1315 jatuhan pin. Namun begitu, tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur b. Zakaria kerana telah berjaya menduduki tempat ke 2 individu apabila berjaya membuat 390 jatuhan pin. Pasukan Bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara akan berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan, Insyaallah.





KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2011

Kem motivasi tahunan anjuran Panitia Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya dijalankan pada 26 - 28 April 2011 yang lalu. Program yang disertai oleh 34 orang murid tersebut telah dijalankan di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Kem Sekakap, Mersing. Pelbagai aktiviti lasak telah berjaya dirancang dan disertai oleh semua murid yang terlibat. Antara aktiviti lasak yang dijalankan ialah Flying fox, Absailing, Merentas halangan, Berakit, Merentas hutan dan Berjalan Malam. Pada malam terakhir turut dijalankan Malam kebudayaan yang memerlukan setiap kumpulan membuat persembahan sama ada berbentuk nyanyian, lakonan dan tarian. Objektif utama kem ini ialah membina kekuatan, keberanian dan jatidiri di kalangan murid-murid selain mempamerkan setiap potensi yang ada di dalam diri masing-masing. Dalam kem ini, Abd Aziz B. Mohd Haithir telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan.

                                    







MURID PENDIDIKAN KHAS SERTAI PERKHEMAHAN PENGAKAP 2011

Pada 22-24 April 2011 yang lalu, seramai 3 orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menyertai Perkhemahan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2011 yang telah diadakan di Teluk Gorek, Mersing. Objektif utama perkhemahan tersebut antaranya ialah membina jatidiri dan semangat berpasukan di kalangan peserta selain menerapkan beberapa kemahiran hidup yang penting. Perkhemahan yang berlangsung 3 hari 2 malam tersebut telah dipadatkan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan seperti Jerat dan Perangkap, Orienteering, Ikhtiar Hidup, Ikatan, dan Malam Kebudayaan.Tiga murid yang terlibat dengan perkhemahan tersebut ialah Mohamad Ilham B. Azman, Abdul Aziz B. Mohd Haithir dan Mohd Nor Idham B. Mohd Ali.


KEJAYAAN PERMATA HATI DALAM KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2011

TARIKH                                  : 6 APRIL 2011
MASA                                     : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT                                 : STADIUM BANDAR TENGGARA
TUGAS                                    : AJK PERALATAN
AKTIVITI                                : ACARA BALAPAN DAN PADANG
BILANGAN PESERTA           : 24 ORANG 
PENCAPAIAN                                    : TEMPAT KEDUA KESELURUHAN


5
EMAS
- 100M
- 200M
- 4X100M
- LOMPAT JAUH
- REJAM LEMBING

LELAKI JUNIOR
LELAKI JUNIOR
LELAKI UNIOR                 
PEREMPUAN JUNIOR
LELAKI SENIOR

MUHD AZRUL B. AZHAR                  
HISYAMUDDIN B. ISMAIL

NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN
KHAIRUL FARIS B. ABD JALIL





14
PERAK
- 100M
- 200M
- 200M
- 400M
- 4X100M
- 4X100M
- 4X100M
- REJAM LEMBING
- LONTAR PELURU
- LOMPAT JAUH
- LOMPAT JAUH
- REJAM LEMBING
- LOMPAT JAUH
- LONTAR PELURU
PEREMPUAN SENIOR
PEREMPUAN SENIOR
LELAKI JUNIOR
PEREMPUAN SENIOR
LELAKI SENIOR
PEREMPUAN SENIOR
PEREMPUAN JUNIOR
LELAKI SENIOR
PEREMPUAN SENIOR
PEREMPUAN JUNIOR
LELAKI JUNIOR
PEREMPUAN SENIOR
LELAKI SENIOR
PEREMPUAN JUNIOR
NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI
NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI
MOHD AZRUL B. AZHAR
MUSTIKA BT MUSUM



MUHAMAD ILHAM B. AZMAN
SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR
BAHERAHTE A/P RAJA
HISYAMUDDIN B. ISMAIL
SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR
AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR
NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN




8 GANGSA
- 800M
- 200M
- 800M
- LOMPAT TINGGI
- LONTAR PELURU
- LEMPAR CAKERA
- LOMPAT JAUH
- LEMPAR CAKERA
PEREMPUAN SENIOR
PEREMPUAN JUNIOR
LELAKI SENIOR
LELAKI SENIOR
LELAKI SENIOR
LELAKI SENIOR
PEREMPUAN SENIOR
PEREMPUAN SENIOR
MUSTIKA BT MUSUM
BAHERATHE A/P RAJA
SYARIFUDDIN B ISMAIL
AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR
MUHAMMAD NUR B. ZAKARIA
ABDUL AZIZ B MOHD HAITHIR
MUSTIKA BT MUSUM
SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR
 
ATLET TERBAIK LELAKI JUNIOR                            MUHD AZRUL B. AZHAR








PERMATA HATI MERIAHKAN MAJLIS PERSARAAN PENGETUA EN. ZAINAL OTHMAN


Persembahan Dikir Barat Permata Hati telah memeriahkan Majlis Persaraan Tuan Pengetua, En. Zainal Othman yang berlangsung pada 9 Mac 2011 yang lalu. Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tn Hj Baharom B. Ali dan para jemputan yang terdiri daripada barisan pengetua-pengetua dan guru-guru besar daerah Kulaijaya. Sesungguhnya, inilah salah satu cara kami di Permata Hati SMK Bandar Tenggara menghargai jasa tuan pengetua yang disayangi.






MURID PERMATA HATI WAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN PETANQUE KOPERASI SEKOLAH NEGERI JOHOR 2011


Pada 26 Februari 2011 yang lalu, 2 orang murid Permata Hati iaitu Khairul Faris B. Abd Jalil dan Abdul Latif B. Jalil telah mewakili sekolah dan daerah Kulaijaya ke Pertandingan Petanque ANGKASA Koperasi Sekolah Negeri Johor 2011 di Gelanggang Petanque Taman Flora Batu Pahat. Sebanyak 10 daerah telah menyertai pertandingan tersebut. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah kerana tewas di peringkat awal.



MURID PERMATA HATI WAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN BOWLING MSSD KULAIJAYA 2011


Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah berjaya terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bowling MSSD Kulaijaya 2011 pada 23 Februari 2011 yang lalu. Abdul Latif B. Jalil yang mewakili sekolah dalam kategori L bawah 15 bagaimanapun hanya berjaya menduduki tempat ke 18.

PELAKSANAAN BADAN BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR


Merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor bertarikh 7 Februari 2011, dimaklumkan bahawa penglibatan murid-murid Pendidikan Khas dalam badan beruniform ditetapkan kepada pasukan pengakap sahaja. Maklumat lanjut sila lawati Portal Rasmi JPNJ.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT SMK BANDAR TENGGARA 2011


Pada 23 Februari 2011 yang lalu, SMK Bandar Tenggara telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Sambutan yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dimeriahkan dengan cemarah Maulidur Rasul oleh Yang Dihormati Dr Mohd Hairuddin B Amin, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid. Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam kumpulan tersebut sebagai pemain tabla. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara juga turut serta memeriahkan majlis tersebut.


LATIHAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGETUA 9 MAC 2011


Sempena persaraan pengetua pada 9 Mac 2011 akan datang, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dijemput untuk membuat persembahan dikir barat pada Majlis Persaraan En. Zainal Othman. Sehubungan itu, kelas Permata Hati telah membuat latihan intensif untuk majlis tersebut.



LATIHAN KEBAKARAN 2011 - PENDIDIKAN KHAS TURUT TERLIBAT


Pada 17 Februari 2011 yang lalu, Jawatankuasa Keselamatan SMK Bandar Tenggara telah mengadakan latihan kebakaran kali pertama. Dalam latihan berkenaan, semua murid telah dikumpulkan di padang sekolah mengikut kelas masing-masing. Latihan dimulakan dengan loceng kecemasan sekolah dibunyikan secara berterusan. Serentak dengan itu, murid-murid akan berbaris dan bergerak ke padang menggunakan laluan kecemasan yang ditetapkan. Latihan ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 15 minit sahaja.



PERSEMBAHAN MAJLIS PERTAULIAHAN PEMIMPIN ARPRM SMK BANDAR TENGGARA 2011




Pada 2 Februari 2011 yang lalu, kumpulan Dikir Barat Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah membuat persembahan dalam Majlis Pertauliahan Pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Majlis yang bertujuan memberi pertauliahan kepada guru-guru pemimpin ARPRM telah dirasmikan oleh Tn Hj Kamaruddin B. Mohd Tahir, Ketua Unit Ko kurikulum Jabatan Pelajaran Johor.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS 2011





Murid-murid pendidikan khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam taklimat dan mesyuarat agung persatuan dan badan beruniform 2011. Murid Permata Hati telah terlibat dalam mesyuarat agung Persatuan Permata Hati SMK Bandar Tenggara 2011 dan Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2011.

MURID BARU PERMATA HATI 2011




Bermula sesi persekolahan 2011 yang baru, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima 7 orang murid baru dari program-program pendidikan khas intergrasi sekolah-sekolah berhampiran. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Bandar Tenggara 1, SK Felda Penggeli Timur dan SK Felda Inas. Semua murid yang baru mendaftar tersebut adalah murid lelaki. Mereka ialah RIDZUAN HAIQAL BIN ZAINAL, QAMARUL ABIDIN BIN ABDUL RAHIM dan SASITHERAN A/L SILVAM dari SK Bandar Tenggara 1, MUHAMMAD YUSUF MUSTAQIM BIN MD YUNOS dan MUHAMMAD AZRUL BIN AZHAR dari SK Felda Penggeli Timur manakala MOHAMMAD ASYRAF BIN MASROF dan KHAIRULHAZIZI BIN AHMAD dari SK Felda Inas. Bagi sesi persekolahan 2011 ini, Permata Hati SMK Bandar Tenggara mempunyai seramai 39 murid, 9 guru dan 2 PPM.

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS 2011


Selamat bertugas kepada semua guru SMK Bandar Tenggara, khususnya guru-guru Permata Hati SMK Bandar Tenggara.

MENYUMBANG EMAS DI SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA


Murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut menyumbang satu pingat emas dalam Sukan Paralimpiad Malaysia Melaka 2010 dalam acara Futsal lelaki LD. Murid yang dimaksudkan ialah Khairul Faris B. Abd Jalil yang bermain untuk posisi penyerang. Pertandingan yang dijalankan di Dewan Futsal, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Ayer Keroh telah dijalankan secara liga satu pusingan. Pada perlawanan akhir, pasukan Johor telah berjaya menumpaskan pasukan Kedah dengan 8 -1.