Wednesday 10 October 2012

JAMUAN AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS

Pada 13 September 2012 yang lalu, Unit Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Jamuan Aidilfitri Pendidikan Khas yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Pendidikan Khas dengan pihak luar terutamanya pihak pentadbir, guru-guru aliran perdana, kakitangan pejabat, pekerja swasta dan pengajar-pengajar GiatMara Bandar Tenggara. Semua pihak yang berkenaan telah dijemput hadir dan majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Selain itu, majlis ini juga dirancang bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang budaya bermasyarakat dan persediaan sesebuah majlis.

Tuesday 9 October 2012

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2012

Murid SMK Bandar Tenggara telah mewakili Daerah Kulaijaya dalam pertandingan futsal pendidikan khas negeri Johor yang telah diadakan pada 3 dan 4 September 2012 di Kota Tinggi. Murid-murid tersebut ialah Khairul Hazizi b. Ahmad, Muhamamd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi bagi kategori Junior manakala Khairul Faris B. Jalil bagi kategori Senior. Dalam Pertandingan tersebut, pasukan Junior telah berjaya mendapat tempat ke 3 manakala pasukan Senior hanya mampu menjadi naib juara kumpulan.






KEJOHANAN SPECIAL OLYMPIC NEGERI JOHOR 2012

SMK Bandar Tenggara telah menghantar wakil dalam Kejohanan Special Olympic Negeri Johor 2012 yang telah diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru. Seramai 4 orang murid telah terpilih mewakili daerah Kota Tinggi dalam 5 acara iaitu 100m, 200m, 4x100m, Lompat Berdiri dan Futsal. Semua peserta telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam semua acara yang disertai iaitu Muhammad Fikhri, Muhammad Fitri, Mohamad Samsuri dan Abd Latif (Emas 4x100m), Abd Latif dan Samsuri (Emas Futsal) dan Norazila Bt Nordin (ketiga 200m).






SMK BANDAR TENGGARA JOHAN PERMAINAN TRADISI (BATU SEREMBAN & CEPER) DAERAH KULAIJAYA 2012

SMK Bandar Tenggara telah menjuarai Pertandingan Permainan Tradisi Daerah Kulaijaya 2012 yang telah diadakan di SMK Senai pada 11 Julai 2012 yang lalu. SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh Muhammad Fikhri B. Safie, Muhammad Fithri B. Safie, dan Norazila Bt Nordin (Batu Seremban) manakala permainan ceper diwakili oleh Muhammad Ilham B. Azman.