Thursday 9 February 2012

HARI INTERAKSI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2012

Pada 20 Januari 2012 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Interaksi Pendidikan Khas yang bertujuan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa berkenaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang telah dirangka. Selain itu, majlis itu juga bertujuan mendapatkan persetujuan ibu bapa penjaga berkenaan syarat baru pengeluaran wang Elaun Pendidikan Khas. Majlis yang berlangsung di Kelas Pendidikan Khas telah mendapat kerjasama yang memuaskan daripada para ibu bapa murid.



SELAMAT TAHUN BAHARU 2012. KEDATANGAN MURID BARU.

Selamat Tahun Baharu 2012. Dengan kedatangan tahun baharu ini, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima kemasukkan 12 orang murid baharu dari program-program Pendidikan Khas Intergrasi dari sekolah-sekolah berhampiran. Antara sekolah penyumbang murid ke sekolah ini ialah SK Bandar Tenggara 1, SK Felda Inas dan SK Felda Penggeli Timur. Berikut adalah senarai murid-murid baharu Permata Hati 2012.
Mohd Fairuz bin Mohd Phauzi

Muhamad Syadiq B. Mustaffa

Mohd Ameer Najmudin B. Mohd Hailani

Zahra Nordika Bt Feaizal

Muhd Ameirul Izuan B. Mohd Nazir

Irshad Dzulkhairi B. Sofian

Mohd Haziq B. Abdul Rahim

Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi

Mohd Nurhazman B. Lokman

Muhammad Fariez B. Kamaruddin

Muhd Hafis B. Rosli

Muhd Norhafizi B. Misman

SMK BANDAR TENGGARA MENYERTAI AGOONOREE MALAYSIA KALI PERTAMA DI JOHOR BAHRU

Pada 14 November 2011 yang lalu, 4 orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara dan seorang guru telah menyertai Agoonoree Malaysia Kali Pertama di Johor Bahru. Agoonoree adalah perkumpulan atau jamboree yang khusus untuk murid-murid pendidikan khas. Johor Bahru telah dipilih menjadi lokasi pertama Agoonoree Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Agoonoree tersebut seperti penjelajahan lasak, permainan, sukan dan kebudayaan. Empat murid SMK Bandar Tenggara yang terpilih ialah Mohd Ilham B. Azman, Mohd Nor Idham B. Md Ali, Mohd Azrul B. Azhar dan Mohd Fazrulzaman B. Rosli manakala guru yang terlibat ialah En. Mohd Hassry B. Mustakim.