Monday 11 February 2013

HARI DISKUSI PERMATA HATI 2013

Unit Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Hari Diskusi Permata Hati 2013 yang telah berlangsung pada 8 Februari 2013 di Bilik Seminar bermula pada jam 8.00 pagi. Majlis yang mempunyai objektif memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas daripada ibubapa tentang kelas pendidikan khas tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tn. Haji Armas B. Derusman. Majlis dikemudikan oleh KhairulHazizi B. Ahmad sebagai pengaca majlis dan Muhammad Faiz B. Othman sebagai pembaca doa.















Sunday 10 February 2013

AKTIVITI PERTOLONGAN CEMAS

Pada 6 Februari 2013 yang lalu, pengurusan kokurikulum SMK Bandar Tenggara telah mengadakan aktiviti pertolongan cemas di Dewan Permata kepada semua murid SMK Bandar Tenggara sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah. Program yang bertujuan mendedahkan murid-murid dengan asas pertolongan cemas telah dijayakan oleh kakitangan perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Tenggara. Murid-murid Permata Hati turut terlibat dalam program tersebut.








Saturday 9 February 2013

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR TENGGARA 2013

Pengurusan HEM SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2013 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 26 Januari 2013 yang lalu. Kursus tersebut telah menghimpunkan empat (4) unit dalam Hem iaitu:
1. Badan Pengawas Sekolah
2. Badan Pengawas Pusat Sumber
3. Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti
4. Majlis Ketua, Penolong dan Bendahari Sekolah (KENARI)

Murid-murid Permata Hati yang memegang jawatan turut terlibat dalam kursus tersebut iaitu:

Badan Pengawas Sekolah:

1. Muhamamd Fariez B. Kamaruddin
2. Muhd Nor Idham B. Mohd Ali

KENARI

1. Muhammad Nur B. Zakaria (Ketua)
2. Norazila Bt Nordin ( Penolong Ketua Kelas)
3. Muhamamd Faiz B. Othman (Bendahari)







MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Majlis penyerahan bantuan awal persekolahan RM100 telah berlangsung pada 21 Januari 2013 yang lalu. Bagi murid-murid Permata Hati, majlis telah dijalankan di Kelas Pendidikan Khas dengan disempurnakan oleh Pn. Khairani Bt Hamdan selaku Penyelaras Pendidikan Khas. Dalam majlis tersebut, ibu bapa atau penjaga diberi pilihan sama ada datang sendiri untuk menerima wang berkenaan atau membenarkan anak-anak mereka mengambil bagi pihak tersebut. Semua murid layak menerima bantuan tersebut yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan-keperluan yang berfaedah.






MESYUARAT AGUNG PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS & PERSATUAN PERMATA HATI 2013

Mesyuarat agung Pengakap Pendidikan Khas dan Persatuan Permata Hati telah dilaksanakan pada 9 Januari 2013 dan 23 Januari 2013 yang lalu di Kelas Pendidikan Hati. Selain wajib diadakan, objektif utama mesyuarat ini adalah untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa (AJK) persatuan bagi sesi 2013 yang akan membantu guru menjalankan segala aktiviti sepanjang tahun. Ia juga sebagai pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas dalam berpersatuan. Dalam mesyuarat tersebut AJK yang telah dipilih iailah:

Pergerakan Pengakap Pendidikan Khas

Pengerusi             : Muhammad Fariez B. Kamaruddin
Naib Pengerusi     : Muhd Nur Idham B. Mohd Ali
Setiausaha            : Muhammad Nor Hafizi B. Misman
Bendahari            : Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin
Ahli Jawatankuasa: 1. Mohd Razi B. Mohd Yassin
                            2. KhairulHazizi B. Ahmad
                            3. Hanis Fathiah Bt Ahmad
                           4. Sasitheran A/L Silvam

Persatuan Permata Hati


Pengerusi             : Muhammad Alif Aidil B. Mohd Fu'ads
Naib Pengerusi     : Muhamad Azrul B. azhar
Setiausaha            : Norazila Bt Nordin
Bendahari             : Baherathe A/P Raja
Ahli Jawatankuasa : 1. Nor Atikah Bt samat
                             2. Mohd Hazman B. Lokman
                             3. Mohd Daud B. Sazali
                             4. Muhd Zarul Imran Bt Zainuddin






Tuesday 5 February 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR TENGGARA 2013

Pada 21 Januari 2013 yang lalu, Majlis Perlantikan Pemimpin Muda dan Penyerahan Watikah Perlantikan SMK Bandar Tenggara telah berlangsung dengan jayannya di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Abdullah Sani B. Shamin Ahmad, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penyerahan tanggungjawab kepada para pemimpin muda yang terdiri dari barisan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti. Dua orang pengawas Permata Hati turut menerima watikah perlantikan dalam majlis tersebut iaitu:

1. Muhammad Fariez B. Kamaruddin
2. Muhammad Nor Idham B. Mohd Ali

Semoga majlis ini dapat memberikan semangat kepada para pengawas baru untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan jujur. Selamat bertugas.