Saturday 20 April 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen SMK Bandar Tenggara yang telah mendapat 6 Emas, 8 Perak dan 6 Gangsa dalam Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya kali ke 11, 2013 yang telah diadakan selama 2 hari. Kejohanan yang berlangsung pada 16 dan 17 April 2013 yang lalu telah diadakan di Padang SMK Kelapa Sawit bagi acara padang manakala di Stadium MPKu bagi acara balapan. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh Kontinjen SMK Bandar Tenggara.

Emas:
1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Rejam Lembing Lelaki Senior)
2. Khairul Faris B. Abd Jalil (Lempar Cakera Lelaki Senior)
3. Shima Ammera Adora Bt Md Nor (Rejam Lembing Perempuan Senior)
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Lompat Jauh Perempuan Senior)
5. Muhamad Azrul B. Azhar (Lompat Jauh Lelaki Senior)
6. 4x100m Lelaki Junior

Perak:
1. Shima Amera Adora Bt Md Nor (Lontar Peluru Perempuan Senior)
2. Muhamad Nur B. Zakaria (Lontar Peluru Lelaki Senior)
3. Muhamad Nur B. Zakaria (Lempar Cakera Lelaki Senior)
4. Muhammad Fariez B. Kamaruddin (Rejam Lembing Lelaki Senior)
5. Muhamad Azrul B. Azhar (200m Lelaki Senior)
6. Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi (Lompat jauh Lelaki Junior)
7. Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi (100m Lelaki Junior)
8. 4x100m Lelaki Senior

Gangsa:
1. Muhd Nur Ikhmal B. Rahim (Lontar Peluru Lelaki Junior)
2. Shima Amera Adora B. Md Nor (Lempar Cakera Perempuan Senior)
3. Muhd Alif Aidil B. Mohd Fu'ads (400m Lelaki Senior)
4. Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi (200m Lelaki Junior)
5. Hanis Fathiah Bt Ahmad (100m Perempuan Junior)
6. 4x100m Perempuan Senior














MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 SMK BANDAR TENGGARA 2013

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan kali ke 28 pada 7 April 2013 yang lalu. Majlis yang berlangsung di Dewan Permata telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Dalam Majlis tersebut juga 3 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima hadiah masing-masing setelah menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun lalu. Mereka ialah; Muhammad Fithri B. Safie (Tempat Pertama), Muhammad Fikri B. Safie (Tempat Kedua) dan Mohamad Fairus B. Haron (Tempat Ketiga). Tahniah diucapkan.








Monday 1 April 2013

MAJLIS PELANCARAN PK POSSIBLE NEGERI JOHOR

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melancarkan program PK Possible iaitu Program Kemahiran Murid Pendidikan Khas Johor dengan Kerjasama Agensi Kerajaan dan Swasta serta Badan Bukan Kerajaan. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menghantar 2 'bunting' untuk dipamerkan dalam program tersebut. Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tn Hj Armas B. Derusman turut hadir dalam majlis tersebut.