Saturday 29 June 2013

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2013

Kontinjen Johor telah mencatatkan kejayaan yang cemerlang dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan 2013 yang telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 - 27 Jun 2013 yang lalu. Sebanyak 4 acara telah diadakan iaitu Futsal, Bola Jaring, Petanq dan Bowling. Seramai 3 orang anak-anak Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Johor dalam acara masing dan mencapai kejayaan iaitu:

1. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin
    Johan Petanq BP Perempuan Double

2. Abdul Latif B. Jalil
   Johan Bowling BP Lelaki Double
   Ketiga Bowling BP Lelaki Single

3. Khairul Faris B. Abd Jalil
    Suku Akhir Futsal BP











KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2013

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2013 telah diadakan pada 9 - 13 Jun 2013 yang lalu di Stadium darul Makmur, Kuantan, Pahang. Kejohanan yang disertai oleh 14 negeri di Malaysia itu telah diungguli oleh Kontinjen Johor yang berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 13 dengan berjaya mengutip 31 emas. Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Faris B. Abd Jalil telah terpilih mewakili Johor dalam acara Rejam Lembing BP Lelaki Senior. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana hanya berjaya mendapat tempat ke 4 dalam acara tersebut.


Thursday 27 June 2013

SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

SMK Bandar Tenggara telah menjadi tuan rumah bagi Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2013 yang lalu. Dalam program tersebut sebanyak 7 acara telah dipertandingkan iaitu:

1. Pertandingan Tilawah Al Quran
2. Pertandingan Hafazan
3. Pertandingan Azan
4. Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
5. Pertandingan Seni Khat
6. Pertandingan Nasyid
7. Busana Muslim (Down Sindrom)

Antara bilik-bilik khas yang digunakan dalam pertandingan tersebut ialah:

1. Dewan Permata
2. Bilik Seminar
3. Bilik Tayang
4. Bilik Gerakan
5. Bilik PPSMI

Dalam pertandingan itu juga, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah memenangi 4 acara yang dipertandingkan iaitu:

1. Johan Tilawah Al Quran Lelaki Senior
2. Johan Tilawah Al Quran Lelaki Junior
3. Johan Bercerta Kisah Nabi Perempuan Senior
4. Johan Seni Khat Perempuan Senior

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Datin Hjh Hasnah Bt Md Sem.










Tuesday 25 June 2013

LATIHAN PUSAT KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN

Tiga orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Negeri Johor dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada 24 - 27 Jun 2013. Latihan pusat yang dikendalikan mengikut permainan-permainan melibatkan murid-murid berikut, iaitu:

Futsal
- Khairul Faris B. Abd Jalil



Bowling
- Abdul Latif B. Jalil



Petanq
- Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin


PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2013

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Negeri Johor telah berlangsung pada 23 Jun 2013 di Daiman Bowl, Johor Jaya. Program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas PPD Johor Bahru telah melibatkan semua kontinjen daerah dalam Negeri Johor. Seorang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Daerah Kulaijaya dalam pertandingan tersebut iaitu Abdul Latif B. Jalil. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya mendapat tempat kedua seterusnya melayakkan diri mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan Bowling Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan yang akan berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan.