Friday 26 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERMATA HATI SMK BANDAR TENGGARA 2013

Pada 24 Julai 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Permata Hati SMK Bandar Tenggara yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan, merapatkan hubungan antara Kelas Permata Hati dengan ibubapa dan masyarakat sekeliling serta menggalakkan budaya bersedekah di kalangan ummah Islam. Majlis ini juga bertujuan memberi peluang secara tidak langsung mempertemukan warga sekolah dengan ibu bapa bagi membincangkan perkembangan anak masing-masing.
           Sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia, majlis tersebut telah mendapat sokongan dan sumbangan yang banyak dari pelbagai pihak berupa wang tunai, voucher dan barangan. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menderma bagi menjayakan program tersebut.
Antaranya:
- Stesen Petronas Bandar Tenggara
- Kilang Ayamas Sdn Bhd, Bandar Tenggara
- Ladang Agromaju
- Ladang

           Dalam majlis ini juga Badan Pemuafakatan IbuBapa Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya diwujudkan hasil kerjasama ibu bapa dan warga pendidikan. Aturcara majlis adalah seperti berikut;

6.00 petang - Ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Armas B. Derusman.
                     Ucapan GPK Pendidikan Khas, En. Hamzah B. Hamdan.
                     Pembentukan Majlis Pemuafakatan Ibubapa Guru Pendidikan Khas SMKBT
7.19 malam - Berbuka. Solat Maghrib. Jamuan makan.
                     Bersurai













\


Thursday 25 July 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK TUN ISMAIL, PARIT RAJA, BATU PAHAT.

Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Unit Pendidikan Khas SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat pada 24 April 2013 yang lalu. Lawatan yang diketuai oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara bertujuan mempelajari kecemerlangan pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tun Ismail selain mengeratkan hubungan antara dua sekolah. Rombongan lawatan ini telah disambut oleh En. Ruhaizad B. Hj Mohd Reduan, GPK Pendidikan Khas SMK Tun Ismail, Batu Pahat. En. Ruhaizat juga merupakan bekas GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Lawatan ini juga adalah bersempena Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor yang turut berlangsung pada tarikh yang sama. 





PROGRAM TRANSISI: PROJEK BISKUT TART NENAS

Sempena bulan Ramadhan 1434H tahun ini, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program Transisi Projek Biskut Tart Nenas bagi meningkatkan kemahiran murid dan menambahkan kewangan. Projek ini telah dijalankan oleh Kelas Masakan di bawah kendalian Pn. Khairani Bt Sapawi dan Pn. Siti Khalijah Bt Rahim bersama 12 orang murid. Setiap balang di jual dengan harga RM20 mempunyai 50 keping biskut diharap dapat memenuhi citarasa pelanggan yang terdiri dari kakitangan sekolah dan orang perseorangan. Untuk tempahan boleh berhubung dengan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Hamzah B. Hamdan di talian 013-7023857





















PERTANDINGAN PETANQ KOPERASI 2013

Pada 4 Julai 2013 yang lalu, Koperasi SMK Bandar Tenggara Berhad telah mengadakan Pertandingan Petanq Koperasi 2013 yang bersempena dengan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Pertandingan yang terbuka kepada semua ahli koperasi sekolah yang berdaftar diadakan secara trio sepasukan. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menghantar 4 pasukan melibatkan 3 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan iaitu:

Kumpulan:

PHP:
1. KhairulHazizi B. Ahmad
2. Muhamad Fariez B. Kamaruddin
3. Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi

HELANG:
1. Abdul Latif B. Jalil
2. Mohd Razi B. Mohd Yassin
3. Muhd Daud B. Sazali

LIONFISH:
1. Muhd Haziq B. rahim
2. Muhd Hidham B. Khalid
3. Muhd Nor Hakim B. Kamisan

HARIMAU MALAYA:
1. Norazila Bt Nordin
2. Noratikah Bt Samad
3. Hanis Fathiah Bt Ahamd

Dalam pertandingan tersebut, kejayaan telah diperoleh adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki

TEMPAT PERTAMA:
- PHP

TEMPAT KETIGA
- HELANG

TEMPAT KEEMPAT
- LIONFISH

Kategori Perempuan

TEMPAT KETIGA
- HARIMAU MALAYA













PROGRAM SEMARAK ISLAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013

Pada 3, dan 5 Julai yang lalu, tiga murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Daerah Kulaijaya dalam acara masing-masing ke Program Semarak Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di daerah Segamat.
Murid-murid yang mewakili Daerah Kulaijaya iailah
1. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Bercerita Kisah Nabi)
2. Muhamad Fitri Aiman B. Muhamad Zaidi (Tilawah al Quran Junior)
3. Muhamad Faiz B. Othman (Tilawah al Quran Senior)
Guru yang bertindak untuk mengiring ialah Pn. Khairani Bt Hamdan

Walaubagaimana pun, ketiga-tiga peserta tersebut tidak bernasib baik dalam pertandingan itu. Usaha lagi hingga berjaya.




Thursday 11 July 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 yang lalu, 3 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Tempat pertama telah disandang oleh Muhammad Nur B. Zakaria yang mendapat 6A, 2B. Tempat kedua, Muhamad Izzat Haiqal B. Muhamad Zaidi ( 4A, 4B) manakala tempat ketiga ialah Mohamad Nur Hazman B. Lokman yang mendapat 4A, 3B dan 1C. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Tn Hj Armas B. Derusman, Pengetua SMK Bandar Tenggara di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara dalam satu majlis ringkas semasa Perhimpunan Rasmi sekolah.

Tempat Pertama
Muhamad Nur B. Zakaria

Tempat Kedua
Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi

Tempat Ketiga.
Mohamad Nor Hazman B. Lokman