Saturday 21 September 2013

KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN SEJUKBEKU

Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara telah mengadakan Kursus Penyediaan Makanan Sejukbeku pada 20 September 2013 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Kursus tersebut telah diselaraskan oleh En. Muhammad Faridzwan B. Sabtu. Dalam Kursus tersebut, tiga jenis makanan sejuk beku telah dipelajari iaitu Pau Bagus, Karipap Sejukbeku dan Apam Polkadot. Setiap langkah penyediaan telah ditunjukkan sebaiknya disertai oleh amali pembuatannya. Semoga program ini akan memberi manfaat kepada semua peserta.






RUMAH TERBUKA PERMATA HATI SMK BANDAR TENGGARA (ZON TENGGARA) 2013

Pada 29 Ogos 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengambil inisiatif menjalankan program Rumah Terbuka bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama warga Program Pendidikan Khas Intergrasi bagi kawasan Zon Tenggara. Dalam majlis tersebut semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi Zon Tenggara telah dijemput. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang telah dijalankan di Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara. Sekolah-sekolah yang terletak di dalam Zon Tenggara ialah:

1. SMK Bandar Tenggara
2. SMK Sultan Alauddin
3. SK Bandar Tenggara 1
4. SK Felda Inas
5. SK Felda Penggeli Timur
6. SK Felda Pasir Raja
7. SK Felda Bukit Besar
8. SK Felda Sungai Sayong
9. SK Felda Sungai Sibol
10. SK Sinar Bahagia

Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dalam majlis tersebut.





PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI SMK BANDAR TENGGARA 2013

Sempena kedatangan Aidilfitri yang mulia ini, Unit Pendidikan Khas Smk Bandar Tenggara telah mengadakan Program Marhaban Aidilfitri yang bertujuan merapatkan hubungan antara warga Permata Hati SMK Bandar Tenggara dan keluarga murid. Dalam majlis tersebut, rombongan marhaban yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Hamzah B. Hamdan akan singgah ke rumah yang dijemput dan berselawat dan menjamu selera. Majlis yang dijalankan selama 5 hari telah dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu:

a. Felda Inas
b. Felda Pengeli Timur / Felda Sg Sibol
c. Kawasan Taman Anggerik / Taman Sayong Indah
d. Taman Sayong Pinang
e. Kawasan Bandar Tenggara

Pihak Permata Hati SMK Bandar Tenggara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan bertambah erat dan diberkati ALLAH.