Sunday 19 January 2014

MAJLIS PERPISAHAN PN. INTAN NATASHA BT ABU BAKAR

Pada 15 Januari 2014 yang lalu, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn. Intan Natasha Bt Abu Bakar yang telah berpindah ke SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Dalam majlis tersebut, Puan Intan Natasha telah dijemput hadir dan diraikan dengan majlis penyampaian cenderamata penghargaan dan jamuan tengahari. Permata Hati SMK Bandar Tenggara mengucapkan selamat berjaya di tempat baharu dan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan.











Friday 17 January 2014

MESYUARAT PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS 2014

Jawatankuasa Program Inklusif Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 7 Januari 2014 yang lalu di Bilik Seminar. Seramai 18 orang ahli jawatan kuasa yang terdiri daripada GPK Pentadbiran, GPK Pendidikan Khas, Guru Kelas, Guru Mata pelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Khas dan PPM Pendidikan Khas telah dipanggil untuk bermesyuarat. Agenda utama adalah untuk membincangkan pelaksanaan Program Inklusif yang akan lebih dimantapkan pada tahun 2014 ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Menerangkan telah diberikan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan adalah diharapkan program ini akan mencapai kejayaan seperti diharapkan iaitu memberi peluang kepada murid-murid Permata Hati merasai pembelajaran di kelas aliran perdana.










Wednesday 15 January 2014

PROGRAM ORIENTASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2014

Program Orientasi Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berlangsung pada 1 dan 2 Januari 2014 yang lalu. Program yang bertujuan menjalin hubungan semasa murid dan guru serta memberi maklumat berkenaan pendidikan khas kepada murid-murid baharu. Sepanjang program tersebut, pelbagai maklumat telah simpaikan oleh guru-guru mengikut slot yang ditetapkan.





Tuesday 14 January 2014

MURID BAHARU PERMATA HATI SMK BANDAR TENGGARA 2014

Seramai 6 orang murid baharu telah mendaftar di kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara pada sesi kali ini. Dalam sesi kali ini, dua orang murid adalah dari SK Bandar Tenggara 1 iaitu Najeeha Azwa Bt Jais dan Muhammad Hakimi B. Afandi manakala dari SK Felda Pengeli Timur, Muhammad Danial B. Nor Remee dan Raja Mohamad Adnan B. Raja Noor Mohamad. Seorang murid dari SK Seri Aman, Kota Tinggi iaitu Nur Natasha Bt Mohd Aris dan Muhammad Hikkmal B. Mohd Rafi dari SMK Linggiu, Kota Tinggi.



HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014

Hari Persekolahan bagi sesi 2014 telah bermula pada 1 Januari 2014 bersamaan hari Rabu. Sesi persekolahan dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi di Dewan Permata. Turut hadir ialah Tn. Hj Baharudin B. Md Sam, Yang Dipertua PIBG, SMK Bandar Tenggara.





HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 & PENDIDIKAN KHAS 2014

Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Pendidikan Khas telah berlangsung pada 31 Disember 2013 yang lalu di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Pada hari tersebut seramai 5 orang murid baharu Pendidikan Khas telah mendaftarkan diri. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan proses mengambil nombor giliran. Setelah itu, ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Pn. Anim Bt Mohamed Jaib, GPK Pentadbiran selaku wakil rasmi Tuan Pengetua. Majlis telah diteruskan proses pendaftaran murid mengikut nombor giliran masing-masing. Majlis tamat pada pukul 12 tengahari.