Thursday 29 May 2014

SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA PN. NORAINA BT A SAMAD

Selamat Pengantin Baharu kepada Pn. Noraina Bt A Samad dan pasangannya En. Mohd Khalid B. Mohd Sood. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin







UJIAN SEGAK PENDIDIKAN KHAS 2014

Murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam ujian SEGAK kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan menilai tahap kecergasan murid. Ujian yang melibatkan 6 checkpoint dijalankan di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.






PEMILIHAN PETANQ PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2014

Pemilihan petanq Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya telah diadakan pada 22 Mei 2014 di Gelanggang Petanq SMPKV Indahpura. Program yang dikelolakan oleh SMK Kelapa Sawit itu bertujuan memilih wakil daerah ke pertandingan petanq Pendidikan Khas peringkat negeri di Johor Bahru nanti. SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh 6 peserta dan 2 peserta telah terpilih ke peringkat negeri nanti. Tahniah

Lelaki Senior
- Khairul Hazizi B. Ahmad (Terpilih)
Lelaki Junior
- Muhd Fitri Aiman B. Muhd Zaidi (Terpilih)
Perempuan Senior
- Hanis Fathiah Bt Ahmad
Perempuan Junior
- Nur Natasha Bt
Down Sindrom Perempuan Terbuka
- Najeeha Azwa Bt Mohd Jais
CP Lelaki Terbuka
- Mohd Zarul Imran B. Zainuddin








PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2014

Pada 19 Mei 2014 yang lalu, Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai melalui pengelolaan SMPKV Indahpura telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulai 2014. Pertandingan yang diadakan di Daiman Bowl, Johor Jaya tersebut diadakan bagi memilih wakil daerah ke pertandingan peringkat negeri Johor nanti. SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh lapan peserta seperti berikut:

Lelaki BP Senior
- Mohd Daud B. Sazali  (Tempat ke 4)
- Mohd Rashidi B. Zainudin (Tempat ke 5)
- Khairul Hazizi B. Ahmad (Tempat ke 8)

Perempuan BP Senior
- Norazila Bt Nordin (Tempat ke 5)
- Hanis Fathiah Bt Ahmad (Tempat ke 8)
- Zahra Nordika Bt Feaizal

CP Lelaki Terbuka
- Muhamad Zaul Imran B. Zainudin

Down Sindrom Perempuan Terbuka
- Najeeha Azwa Bt Mohd Jais (Tempat ke 3)





Tuesday 20 May 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara bagi tahun 2014 telah dijalankan mulai 19 - 22 Mei 2014. Peperiksaan yang dijalankan ini melibatkan semua murid Permata Hati termasuk murid Inklusif. Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Berjaya.





Monday 19 May 2014

PERTANDINGAN PETANQ KOPERASI ANGKASA NEGERI JOHOR 2014

Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Hazizi B. Ahmad telah terpilih mewakili Daerah Kulaijaya dalam Pertandingan Petanq Koperasi Angkasa Negeri Johor 2014 pada 20 April 2014 yang lalu. Walaupun tidak mencapai sebarang kejayaan dalam pertandingan tersebut, ia sudah cukup memberi pengalaman yang berharga kepada semua peserta.





SAMBUTAN HARI GURU SMK BANDAR TENGGARA 2014

Sambutan Haru Guru Peringkat SMK Bandar Tenggara dengan tema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi telah diadakan pada 18 Mei 2014 di Dewan Permata melibatkan 4 segmen. Majlis dimulakan dengan perarakan guru hingga ke Dewan Permata dan disusuli dengan Perhimpunan Rasmi sempena Hari Guru. Segmen kedua pula ialah Sukaneka antara guru-guru dan diikuti oleh segmen ketiga iaitu Persembahan murid dan Guru sempena Hari Guru. Majlis diakhiri dengan Jamuan Guru dan Majlis Pertukaran hadiah.
























SMK BANDAR TENGGARA JOHAN KESELURUHAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2014

Pasukan Futsal Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah muncul Johan Keseluruhan Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2014 yang telah diadakan pada 12 Mei 2014 di SMK Sultan Alauddin. Pasukan Futsal Pendidikan Khas Senior telah menjadi Johan kategori Senior manakala pasukan Futsal Junior muncul tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Pemain Futsal SMK Bandar Tenggara (Senior) iaitu Khairul Hazizi B. Ahmad turut dipilih sebagai pemain terbaik. Pasukan yang dibimbing oleh En. Khairul Aime B. Mohd Termizi akan meneruskan cabaran di peringkat negeri kelak. Tahniah diucapkan.

Keputusan penuh Kategori Senior

1. SMK Bandar Tenggara
2. SMPKV Indahpura
3. SMK Sultan Alauddin

Pemain Tarbaik Senior
Khairul Hazizi B. Ahmad (SMK Bandar Tenggara)

Keputusan penuh Kategori Junior

1. SMK Senai
2. SK Kulai Kg Melayu
3. SMK Bandar Tenggara

Pemain Terbaik Junior
Azman (SMK Senai)








SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengadakan Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada 8 - 10 Mei 2014 yang lalu di SMKA Johor Bahru, Pasir Gudang. Majlis yang melibatkan 6 acara tersebut telah disertai oleh 2 orang wakil dari SMK Bandar Tenggara iaitu
1. Muhammad Danial B. Nor Remee (Bercerita Kisah Nabi & Azan Lelaki Junior)
2. Muhammad Fitri Aiman B. Muhd Zaidi (Tilawah al Quran)
Guru pengiring yang terlibat ialah:
1. Pn. Khairani Bt Hamdan
2. Pn. Khairani Bt Sapawi

Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi mereka dengan sekadar menduduki tempat ke 6 dan ke 8 dalam pertandingan tersebut.