Sunday 21 September 2014

PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS JOHOR 2014

Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengadakan Agoonoree Johor kali ke 3 bertempat di Teluk Gorek, Mersing pada 8 - 10 September 2014 yang lalu. Kontinjen Kulaijaya telah disertai oleh 6 orang murid  dan 2 guru dari sekolah-sekolah berikut:
- SMK Bandar Tenggara
- SMK Sultan Alauddin
- SMK Kelapa Sawit
- SMK Sultan Ibrahim
- SMK Senai
- SMK Kangkar Pulai

PPKI SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh Mohd Zarul Imran B. Zainuddin dan En. Mohd Hassry B. Mustakim sebagai guru pengiring. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang agoonoore tersebut seperti Menarik pukat, mendaki Gunung Arong dan mencari kepah.

























Saturday 6 September 2014

KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014

Tiga orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mewakili Daerah Kulaijaya dalam Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Negeri Johor dalam 2 acara iaitu Pertandingan Masakan Minum Petang (Norazila Bt Nordin & Noratikah Bt Samad) dan Pertandingan Pendawaian Litar Elektrik (Muhammad Haziq B. Rahim) yang diadakan di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat pada 4 September 2014. Dalam pertandingan tersebut, pasukan masakan minum petang telah dipilih sebagai pemenang tempat ketiga. Sebanyak 12 acara dipertandingan iaitu:
1. Masakan Minum Petang
2. Masakan Asam Pedas Melaka
3. Masakan Chicken Chop
4. Ukiran Buah
5. Gubahan Bunga
6. Pendawaian Elektrik
7. Pemasangan Basikal
8. Pramusaji
9. Dandanan dan Solekan
10. Atenden Bilik
12.  Pembuatan Gelang Manik (Down Sindrom)

Kulaijaya telah mendapat Tempat Ketiga Keseluruhan dalam karnival tersebut.




 


 


KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2014

Kontinjen Pendidikan Khas Kulaijaya telah dinobatkan Naib Johan Keseluruhan Karnival Kesenian Pendidikan Khas Negeri Johor yang telah diadakan di Pusat Latihan & Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat pada 3 September 2014. Kontinjen Kulaijaya telah menjadi johan dalam 4 kategori iaitu Nyanyian Solo BP, Nyanyian Solo BD, Tarian Rampai Tradisional dan Pengayaan Fesyen Down Sindrom.
Dua orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mewakili daerah Kulaijaya dalam dua kategori dan mengunggulinya iaitu Peragaan Fesyen Down Sindrom, Najeeha Azwa Bt Mohd Jais dan acara Tarian Rampai Tradisional, Nur Natasha Bt Md Ariss.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Datin Aryani Bt Abdullah, Isteri YB Datuk Ayub Rahmat, ADUN Kemelah, Segamat. Tahniah diucapkan.









Monday 1 September 2014

GPK PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA HEBAT !!

GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, En. Hamzah B. Hamdan telah terpilih mewakili Persatuan Penulis Johor (PPJ) bagi mendeklamasikan puisi sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di Stadium Mini Kula pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Beliau bergandingan dengan seorang lagi Guru Cemerlang SMK Bandar Tenggara iaitu En. Hamzah Rahman B. Soriat.