Friday 21 November 2014

KURSUS ASAS JAHITAN 2014

Seramai 13 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Asas Jahitan yang dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Kursus dijalankan oleh Pn. Jamilah Torau dari Kemas, Bandar Tenggara.










KURSUS MASAKAN KUIH TRADISIONAL KUIH TALAM 2014

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalani Kursus Masakan Tradisional Kuih Talam dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Seramai 20 orang murid PPKI terpilih serta 6 guru dan PPM telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Pn. Chunie dari Bandar Putra, Kulaijaya. Semua semua peserta beroleh manafaat daripada kursus ini.














LAWATAN KE ZOO JOHOR

Bersempena dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Akhir tahun PPKI SMK Bandar Tenggara 2014 pada 12 November 2014 lalu, satu lawatan ke Zoo Johor telah dijalankan bagi menyemai sikap kasihkan binatang dalam diri murid-murid Pendidikan Khas sebelum majlis bermula. Semua murid kelihatan gembira dan teruja melihat semua binatang yang dipamerkan.
















Tuesday 18 November 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & JAMUAN AKHIR TAHUN 2014

PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun 2014 pada 12 November 2014 yang lalu di The Puteri Pasific Hotel, Johor Bahru. Majlis yang disempurnakan oleh En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas, PPD Kulai dan En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas itu dilakukan bagi mengiktiraf kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.















Tuesday 11 November 2014

ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Seramai 6 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak. Mereka ialah:
1. Khairul Hazizi B. Ahmad
2. Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi
3. Mohd Daud B. Sazali
4. Muhd Fitri Aiman B. Muhd Zaidi
5. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin
6. Baherathe A/P Raja
Di bawah bimbingan En. Ahmad b. Survi, GPK Kokurikulum SMKBT dan En. Mohd Hassry B. Mustakim, mereka telah melengkapkan 4 komponen penting dalam ARPRM iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran Keusahawanan, Permainan Petanque dan Penjelajahan Lasak yang melayakkan mereka menerima pengiktirafan Perak. Tahniah diucapkan.