Sunday 6 September 2015

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2015

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas pada 25 & 26 Ogos 2015 lalu di Teluk Gorek, Mersing. Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membina motivasi dan keyakinan diri murid seperti Mendaki Gunung Arong, Berjalan Malam, Pecah Bendungan, Ikhtiar Hidup, Explorace, Istana Bahagia dan Malam Kebudayaan. Program yang diselaraskan oleh En. Mohd Hassry B. Mustakim telah ditutup rasmi oleh Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, Pemangku GPK Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara.











Thursday 3 September 2015

KARNIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2015

Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara iaitu Muhammad Muhaimin Eaiman B. Saharudin telah mewakili daerah Kulai dalam pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Kreatif yang diadakan di Plaza Kota Tinggi, Kota Tinggi pada 25 Ogos 2015 yang lalu sempena Karnival Kesenian & Kebudayaan Pendidikan Khas Negeri Johor 2015. Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kulai yang turut disertai murid-murid PPKI SK Bandar Tenggara 1, SK Felda Inas dan SK Felda Pengeli Timur telah muncul Johan dan pemenang Busana Terbaik. Tahniah dan teruskan kecemerlangan.











KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2015

Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Hazizi B. Ahmad telah terpilih mewakili Negeri Johor dalam permainan futsal BP di Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan yang diadakan di Kuantan, Pahang pada 17 - 20 Ogos 2015. Dalam karnival tersebut, kontinjen Johor telah muncul Johan Keseluruhan. Walau bagaimanapun, pasukan futsal BP hanya mara ke peringkat suku akhir sahaja. Tahniah semua, teruskan kecemerlangan pada tahun hadapan.