Monday 29 June 2015

SUMBANGAN YAYASAN PEKEMA

Yayasan PEKAMA telah bermurah hati memberikan sumbangan wang berjumlah RM3000 bagi menampung perjalanan aktiviti Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara bagi tahun 2015. Sumbangan telah disampaikan oleh Tn. Hj Mohd Yusof Rabu, Ketua Jabatan Yayasan PEKEMA sendiri di kelas PPKI SMK Bandar Tengggara.









Monday 8 June 2015

MAJLIS PERKAHWINAN EN. MOHD NURUL FAISHAL & PN. NORSHILA

Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, En. Mohd Nurul Faishal B. Abd Ghani telah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Pn. Norshila Bt Nazri yang juga Guru Pendidikan Khas SK Bandar Tenggara 1 pada 7 Jun 2015 yang lalu. Majlis Pernikahan dan Resepsi telah dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Maran, Pahang. Tahniah diucapkan, semoga berbahagia hingga ke jannah. 

















Thursday 4 June 2015

LAWATAN KE SHAH ALAM & PUTRAJAYA

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Proram Pengayaan P&P Lawatan ke Shah Alam dan Putrajaya pada 26 - 28 Mei 2015 yang lalu. Program yang bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada semua peserta. Antara tempat yang dilawati dalam program tersebut ialah:
1. Muzium Automobil Nasional, Sepang
2. Litar Antarabangsa Sepang
3. Cruise Tasik Putrajaya
4. Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Istana Kehakiman
5. Bandar Roti Hi5
6. Ikea
7. One City
8. Kilang Karangkraf
9. Kilang Noraini's Cookies
10. Muzium Coklat Fidani
11. Snowalk & I City
12. Kompleks Taman Seni Islam Selangor
13. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam











PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan Pertandingan Futsal & Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2015 di Tebrau Sport & Recreation Centre, Pasir Gudang. Tiga orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili daerah Kulaijaya iaitu:

1. Khairul Hazizi B. Ahmad
2. Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi
3. Mohd Fikri B. Abdullah

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pada tahun ini. Teruskan usaha dan cuba lagi di tahun hadapan.