Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Projek Tanaman Jambu Batu menerusi Subjek Kemahiran Hidup Perkebunan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid Permata Hati berkenaan tanaman jambu batu secara komersil. Tanaman yang diusahakan oleh murid-murid ini, dikelolakan oleh Pn. Noraina Bt A Samad. Melalui projek ini, murid-murid didedahkan dengan kaedah tanaman, cara pembungkusan dan pemasaran buah sama ada secara terus atau diproses menjadi produk hiliran.
No comments:
Post a Comment