Thursday, 26 December 2013
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR 2013
Friday, 13 December 2013
FIESTA SUKAN OKU (JOKUF) NEGERI JOHOR 2013
Pada 17 November 2013 yang lalu, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Fiesta Sukan OKU (JOKUF) Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia & Sukan Johor Bahru bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 4 jenis acara dipertandingkan iaitu: futsal, tenpin bowling, petanq dan permainan dalaman. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menghantar 5 wakil dalam fiesta tersebut untuk menyertai 4 acara dan telah mencapai kejayaan berikut :
1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Futsal) - Johan
2. Abdul Latif B. Jalil (Futsal) - Johan
3. Khairul Hazizi B. Ahmad (Petanq) - Johan Lelaki
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Petanq) - Naib Johan Perempuan
5. Muhammad Nur B. Zakaria (Tenpin bowling) - Saguhati
1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Futsal) - Johan
2. Abdul Latif B. Jalil (Futsal) - Johan
3. Khairul Hazizi B. Ahmad (Petanq) - Johan Lelaki
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Petanq) - Naib Johan Perempuan
5. Muhammad Nur B. Zakaria (Tenpin bowling) - Saguhati
Tuesday, 10 December 2013
JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013
Seramai 4 orang murid Permata Hati dan seorang guru telah menyertai Jamboree Antarabangsa Johor 2013 yang telah diadakan pada 16 - 22 November 2013 di Hutan Bandar Kulaijaya, Johor. Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang jamboree tersebut seperti pameran, persembahan kebudayaan, aktiviti lasak, dan lawatan. Empat murid Permata Hati yang terpilih ialah:
- Mohamad Faiz B. Othman
- Muhamad Haziq B. Rahim
- Muhamd Nur Ikhmal B. Rahim
- Muhamad Hidham B. Mohd Khalid
Dalam jamboree tersebut juga, En. Mohd Hassry B. Mustakim selaku guru Pemimpin Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menerima kalungan Manikayu dalam satu majlis yang diadakan sempena Jamboree tersebut.
- Mohamad Faiz B. Othman
- Muhamad Haziq B. Rahim
- Muhamd Nur Ikhmal B. Rahim
- Muhamad Hidham B. Mohd Khalid
Dalam jamboree tersebut juga, En. Mohd Hassry B. Mustakim selaku guru Pemimpin Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menerima kalungan Manikayu dalam satu majlis yang diadakan sempena Jamboree tersebut.
Monday, 9 December 2013
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2013
Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara pada 1 November 2013 lalu di Hotel Hang Tuah Heritage Melaka. Majlis ini bertujuan menyampaikan anugerah di atas kecemerlangan murid-murid Permata Hati dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Semasa majlis tersebut juga, Jamuan Akhir Tahun telah diadakan bertempat di hotel yang sama. Berikut adalah senarai penerima anugerah:
PERTANDINGAN MASAKAN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2013
Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan pertandingan masakan pendidikan khas pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Program yang bertujuan mencungkil bakat masakan di kalangan murid pendidikan khas itu telah disertai oleh 30 murid melalui 10 pasukan. Pertandingan dijalankan berdasarkan sesi yang ditetapkan mengikut kumpulan dengan tema masakan 'telur'. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Harimau yang diketuai oleh Muhammad Fariez B. Kamaruddin telah menjadi johan diikuti oleh Kumpulan Lion yang diketui oleh Norazila Bt Nordin mendapat tempat kedua. Tempat ketiga dirangkul oleh Kumpulan HPH yang diketui oleh KhairulHazizi B. Ahmad.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEGOLAND
Pada 29 Oktober 2013 yang lalu, Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Legoland. Lawatan yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Program Pasca PMR telah disertai oleh 24 murid Pendidikan Khas dan 7 guru dan PPM. Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid merasai keseronokan bermain permainan ekstrem selain memupuk semangat berani mencuba perkara baru. Lawatan yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada jam 5.00 petang hari yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)