VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negera
......................................................................................................
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
......................................................................................................
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
......................................................................................................
PENERANGAN LOGO
WARNA UNGU : Melambangkan
Pendidikan Khas
WARNA PUTIH : Melambangkan Kesucian
WARNA MERAH : Melambangkan Keberanian untuk
bertindak
WARNA BIRU : Melambangkan Perpaduan di
kalangan Warga PPKI SMKBT
WARNA MERAH & BIRU : Melambangkan SMKBT di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim
BENTUK BULAT : Melambangkan
pendemokrasian pendidikan kepada semua lapisan masyarakat
SIMBOL ORANG :
Melambangkan murid Pendidikan Khas yang perlu diberi perhatian
SIMBOL GELONG : Melambangkan aktiviti sukan,
kokurikulum dan program yang disertai
SIMBOL 3 BUKU : Melambangkan kurikulum yang
diberikan kepada murid-murid Pendidikan Khas iaitu
1.
Akademik
2.
Kemahiran
3.
Program Inklusif
SIMBOL HATI : Melambangkan kasih sayang
yang dicurahkan dalam mendidik anak istimewa ini.
SIMBOL 2 BUNGA :
Melambangkan kerja sama erat Guru Pendidikan Khas dan Ibu Bapa
“BERDIRI & BERDIKARI”: Slogan
PPKI SMKBT yang membawa maksud
BERDIRI
: Kemampuan untuk menonjolkan diri menjadi yang yang terbaik.
BERDIKARI: Kemampuan
untuk Berjaya dan meneruskan hidup setelah tamat persekolahan selain berbakti kepada
masyarakat.
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA
Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mula dibuka pada awal tahun persekolahan tahun 2000. Guru-guru yang berusaha membuka kelas tersebut ialah Puan Noraina Bt. A. Samad dan Puan Khairani Bt. Sapawi. Pada awal pembukaan tersebut terdapat 16 orang murid dan sebuah kelas yang terletak di tingkat 1, blok Elok.
Pada tahun 2001, terdapat pertambahan murid dan juga perubahan kelas. 8 orang murid baru telah memasuki kelas Pendidikan Khas ini, yang menjadikan jumlah murid kepada 24 orang. Pada tahun ini juga seorang guru baru menyertai kelas Pendidikan Khas ini dan menjadikan jumlah guru di kelas ini kepada 3 orang. Lokasi kelas juga telah diubah ke blok Fikir dan sebuah kelas lagi telah dibuka. Luas sebuah kelas di blok Fikir ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian.
Pada tahun 2002, serang sahaja murid baru yang mendaftar di kelas ini, yang menjadikan jumlah murid di kelas ini seramai 25 orang. Lokasi kelas masih kekal di blok Fikir tetapi telah dibesarkan kepada 2 kelas dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Keluasan kelas ini kekal sehingga tahun 2006.
Keseluruhan kelas di blok Fikir telah diserahkan sepenuhnya kepada Kelas Pendidikan Khas pada tahun 2007. Pada masa ini jumlah guru telah bertambah menjadi 5 orang. Pada tahun berikutnya jumlah guru menjadi 7 orang.
Pada tahun 2009 jumlah guru adalah seramai 8 orang dan jumlah murid seramai 41 orang yang telah dibahagikan kepada 6 kelas. Pada tahun berkenaan juga, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menerima 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara mula menerima Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 2011 dengan En. Ruhaizad B. Mohd Reduan sebagai GPK pertama. Pada tahun 2013, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara cemerlang dengan GPK Pendidikan Khas yang baharu, En. Hamzah B. Hamdan dengan 9 tenaga pendidik, 4 PPM dan 41 orang murid berkeperluan khas. Kini, warga PPKI SMK Bandar Tenggara berjumlah 40 orang murid bersama 9 guru dan 4 PPM.
......................................................................................................

SEJARAH SMK BANDAR TENGGARA
Kawasan-kawasan perumahan yang berhampiran dengan SMK Bandar Tenggara ialah Taman Perumahan Bandar Tenggara, Taman Sayong Pinang, Taman Sayong Indah, Taman Anggerik Tenggara, Felda Pengeli Timur, Felda Sungai Sibol, Kampung Seri Pekan, Ladang Pekan, Ladang Cenas dan Felda Inas.
......................................................................................................
No comments:
Post a Comment