Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor inilah bendera rasmi daerah Kulaijaya
Friday, 27 February 2015
Thursday, 19 February 2015
KEJOHANAN SUKANTARA 2015
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum turut diwajibkan kepada semua murid Pendidikan Khas. Oleh yang demikian, semua murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dilibatkan dalam Kejohanan Sukantara SMK Bandar Tenggara 2015 yang diadakan pada 16 dan 17 Februari 2015 yang lalu. Empat acara dipertandingkan iaitu 100m, 400m, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Setiap murid mewakili rumah sukan masing-masing dan mata yang mereka peroleh akan dicampurkan dalam mata rumah sukan masing-masing. Jebat. Kasturi. Lekir dan Tuah.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2014
PIBG SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2014 pada 14 Februari 2015 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Badri B. Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Panti. Dalam majlis tersebut juga, 5 orang murid Permata Hati turut menerima Anugerah Kecemerlangan dalam akademik berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas.
Monday, 16 February 2015
ANUGERAH REMAJA PERDANA TAHAP GANGSA TAHUN 2014
Empat orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah berjaya ditauliahkan dengan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa Peringkat Daerah Kulaijaya. Majlis pertauliahan yang dijalankan di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara tersebut dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kulaijaya dan dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul 'Alim Bin Shukor, Pegawai Daerah Kulaijaya.
Tuesday, 10 February 2015
PROGRAM P&P MULTIMEDIA DI PUSAT INTERNET DESA (PID) BANDAR TENGGARA
PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program P&P Multimedia di Pusat Internet Desa (PID) Bandar Tenggara dengan kerjasama PID. Program yang dikelolakan oleh Pn. Sahira Haryati Bt Sairi telah diketuai oleh Pn. Alwah Bt Mohd Youp dari PID Bandar Tenggara. Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid dalam suasana pembelajaran yang baharu selain mengatasi masalah kekurangan komputer berinternet untuk matapelajaran Multimedia.
Thursday, 5 February 2015
MESYUARAT AGUNG KELAB PERMATA HATI 2015
Kelab Permata Hati yang disertai oleh semua murid Pendidikan Khas telah mengadakan Mesyuarat Agung pada 4 Febrauari 2015. Mesyuarat diadakan bagi memilih Jawatankuasa bagi tahun 2015 selain membincangkan aktiviti tahunan yang bakal dijalankan. Mesyuarat dikendalikan oleh Pn. Siti Khalijah Bt Rahim selaku Ketua Guru Penasihat Kelab Permata Hati SMK Bandar Tenggara.
MESYUARAT AGUNG 1MURID 1SUKAN BOLA SEPAK & PETANQ
Mesyuarat Agung 1 Murid 1 Sukan telah diadakan pada 4 Februari 2015 yang lalu mengikut acara sukan yang ditetapkan. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah memilih untuk menyertai dua sukan iaitu Bola Sepak dan Petanq daripada 6 sukan yang ditawarkan. Oleh demikian, Mesyuarat Agung bagi acara sukan berkenaan telah diadakan di Dewan Permata (Bola Sepak) dan Kantin SMK Bandar Tenggara (Petanq). Penglibatan 1 Murid 1 Sukan turut diwajibkan kepada semua murid berkeperluan khas sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum mereka.
Tuesday, 3 February 2015
MAJLIS PERPISAHAN EN. RASHID MUHIDIN & EN. AHMAD SURVI
Majlis Perpisahan En. Rashid B. Muhidin (Mantan GPK HEM) dan En. Ahmad B. Survi (Mantan GPK Kokurikulum) telah diadakan pada 1 Februari 2015 yang lalu bagi meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan mereka ke sekolah baharu. En. Rashid telah dinaikkan pangkat ke GPK Pentadbiran di SMK Sultan Alauddin manakala En. Ahmad telah dinaikkan pangkat ke GPK HEM di SMK Seri Pinang. Segala jasa dan sumbangan mereka berdua akan sentiasa diingati oleh warga SMK Bandar Tenggara terutama oleh anak-anak Permata kami. Semoga terus sukses di tempat baharu dan beroleh rahmat. Tahniah diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)