Sesi Pemilihan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Kulai telah diadakan di SMK Sultan Alauddin pada 13 Oktober 2016 yang lalu. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 2 penyertaan iaitu Pertandingan Memasak Rendang Ayam Daun Puding menerusi Khairul Hazizi B. Ahmad dan Pertandingan Menghias Kek Perkahwinan menerusi Nor Atikah Bt Samat. Dalam pemilihan tersebut, Nor Atikah telah terpilih mewakili daerah Kulai ke Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Negeri Johor. Tahniah diucapkan.
![]() |
Hazizi menyertai Pertandingan Memasak "Rendang Ayam Daun Puding" |
![]() |
Sebahagian peserta pertandingan memasak |
![]() |
Atikah menyertai Pertandingan Menghias Kek |
![]() |
Pertandingan memasak sedang dijalankan |
![]() |
Pertandingan menghias kek sedang dijalankan |
![]() |
Atikah menjadi JOHAN Pertanidngan Menghias Kek |