Wednesday, 10 April 2019

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA SMK BANDAR TENGGARA 2019

Sambutan Hari Autisme Sedunia peringkat SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 10 April 2019 di perkarangan padang sekolah. Majlis dirasmikan oleh Pengetua, Puan Noraini Bt Mohd Nor. Majlis dimulakan dengan ucapan GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani Hamdan, diikuti oleh persembahan murid Autisme, Mohamad Aiyzat dan Muhamad Aqaffi. Majlis diteruskan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara. Acara kemuncak bagi sambutan ini ialah Larian Belon Autisme sejauh 3km di sekitar Bandar Tenggara yang dilepaskan oleh GPK Kokurikulum, En. Md Sahfudin Hussin.

Perasmian oleh Pn. Noraini Bt Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara
Barisan guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara
Barisan pentadbir yang turut serta
Warga PPKI SMK Bandar Tenggara
Persembahan pelajar Autisme
SSenamrobik yang diketuai oleh pelajar PPKI
Di garisan permulaan bagi kategori perempuan
Antara pelajar yang meneruskan cabaran
Pelajar PPKI turut serta
Di kawasan tasik
Pelajar yang turut serta
Penyampaian hadiah kepada peserta larian
Hadiah cenderamata untuk peserta



No comments: