Friday, 24 January 2020

CERAMAH KESIHATAN: KESEDARAN TENTANG BAHAYA INFLUENZA

Unit HEM SMK Bandar Tenggara dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bandar Tenggara telah mengadakan ceramah kesihatan: Kesedaran Tentang Influenza di Dewan Permata pada 21 Januari 2020. Ceramah disampaikan oleh Dr Noor Adilla Bt Abd Rahman. Selain menyampaikan maklumat berkaitan Influenza, turut diadakan ialah demonstrasi mencuci tangan dengan betul. Muhammad Hazmi Zainal, murid PPKI SMK Bandar Tenggara secara sukarela menjadi model mencuci tangan pada hari tersebut.

Demonstrasi mencuci tangan dengan betul
Dr Noor Adilla bersama jururawat bertugas
7 cara mencuci tangan dengan betul oleh Hazmi
Demonstrasi bersama semua murid
Komunikasi 2 hala
Tajuk yang disampaikan
Murid-murid yang terlibat

No comments: