Saturday, 22 February 2020
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Hassry Bin Mustakim dan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Kulai 2020-2022. Semoga terus cemerlang.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2020
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 Dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 Februari 2020 di Dewan Permata. Majlis dirasmikan oleh En. Ahmad Bin Saian, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat agung PIBG turut dikendalikan oleh En. Ahmad bin Saian.
Dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang, 8 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara menerima hadiah berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi tahun 2019. Mereka ialah Muhamad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam, Muhamad Hafizudin Azman, Muhamad Aiyzat Othman, Noraishah Mohd Affandi, Muhammad Aqahffi Bin Shamsuddin, Muhamad Sanihakimy B. ABdullah, Raja Mohamad Adnan Bin Raja Noor Mohamad dan Nur Natasha Mohd Aris. Tahniah diucapkan.
Dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang, 8 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara menerima hadiah berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi tahun 2019. Mereka ialah Muhamad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam, Muhamad Hafizudin Azman, Muhamad Aiyzat Othman, Noraishah Mohd Affandi, Muhammad Aqahffi Bin Shamsuddin, Muhamad Sanihakimy B. ABdullah, Raja Mohamad Adnan Bin Raja Noor Mohamad dan Nur Natasha Mohd Aris. Tahniah diucapkan.
![]() |
Mesyuarat PIBG dikendalikan oleh YDP PIBG |
![]() |
Suasana di dalam Dewan Permata |
![]() |
Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara |
![]() |
Ucapan YDP PIBG SMKBT |
![]() |
Muhammad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam |
![]() |
Siti Noraishah Mohamad Afandi |
![]() |
Raja Mohamad Adnan Raja Noor Mohamad |
![]() |
Muhamad Sanihakimy Abdullah |
![]() |
Muhammad Aqahffi Shamsuddin |
![]() |
Muhamad Hafizudin Azman |
![]() |
Muhamad Aiyzat Othman |
![]() |
Nur Natasha Mohd Aris |
Thursday, 20 February 2020
PERTANDINGAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2020
Pertandingan Boling Tenping Pendidikan Khas Daerah Kulai 2020 telah dijalankan pada 19 Februari 2020 di Daiman Bowl Johor Jaya. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 7 peserta dan telah memperoleh kejayaan dalam seperti berikuti. Tahniah diucapkan.
Kategori Invidivu Perempuan
Nur Natasha Bt Mohd Aris (Tempat ke 2)
Nuraishah Bt Mohamad Affandi (Tempat ke 6)
Wan Rabiatul Suhada Bt Azman (Tempat ke 7)
Kategori Individu Lelaki
Ahmad Kamri B. Mohd Meli (Tempat ke 8)
Raja Muhammad Adham Bin Raja Noor Mohamad (Tempat ke 14)
Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin (Tempat ke 17)
Kategori Individu Cerebral Palsy
Nurul Asyikin Bt Ruslan (Tempat ke 4)
Kategori Berpasukan Perempuan : Tempat ke 2
Kategori Berpasukan Lelaki : Tempat ke 4
![]() |
Naib Johan Berpasukan Perempuan Senior |
![]() |
Naib Johan Individu (Nur Natasha Bt Mohd Aris) |
![]() |
Pasukan Lelaki |
![]() |
Pasukan Perempuan dan Kategori CP |
Monday, 17 February 2020
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KULAI 2020
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haziq Bin Hairul atas pencapaian Gangsa dengan lontaran sejauh 9.90 m dalam acara Lontar Peluru kategori Lelaki 18 di Kejohanan Olahraga MSSD Kulai 2020. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, UTM SKudai dirasmikan oleh Tuan Zainal B. Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Tahniah diucapkan.
![]() |
Kemenjadian murid |
![]() |
Tempat ketiga keseluruhan |
Tuesday, 11 February 2020
PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2020
Program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 10 Februari 2020. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada 34 murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa
![]() |
Wajah ceria menerima RM100 |
![]() |
Melatih untuk percaya kepada kemampuan anak-anak menguruskan kewangan |
![]() |
Afiq yang paling gembira |
![]() |
Disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas |
![]() |
Murid dilatih untuk mengisi borang dengan bimbingan guru |
Monday, 10 February 2020
KEHADIRAN 100% MURID KE SEKOLAH BAGI 2019
Sepanjang tahun 2019 yang lalu, tiga orang murid PPKI telah menunjukkan kesungguhan dan contoh tauladan yang baik dengan hadir setiap hari ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada Muhamad Knorezani Bin Raya, Muhammad Hafizuddin Bin Azman dan Siti Noraishah Bt Mohamad Afandi. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Permata pada 9 Februari 2020 yang lalu oleh Pn. Haslina Bt Mohd Bakri, GPK Pentadbiran SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut juga disampaikan Kehadiran Kelas Terbaik 2019 dengan dua kelas PPKI menunjukkan pencapaian cemerlang dengan hadir melebihi 95% sepanjang 2019. Kelas berkenaan ialah PK Intan dengan 96.84% dan PK Zamrud dengan 95.77%. Tahniah.
![]() |
Muhamad Rejab mewakili PK Intan dengan 96.84% |
![]() |
Muhd Knorezani dengan 100% kehadiran 2019 |
![]() |
Siti Noraishah dengan 100% kehadiran |
![]() |
Muhamad Hafizudin dengan 100% kehadiran |
Thursday, 6 February 2020
KEJOHANAN OLAHRAGA SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 28, 2020
Kejohanan Olahraga SMK Bandar Tenggara kali ke 28, tahun 2020 telah diadakan pada 6 Februari 2020 di Stadium Tenggara. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dan menyumbang pingat bagi rumah sukan masing-masing. Bagi edisi kali ini, rumah Lekir telah muncul johan keseluruhan. Tahniah diucapkan.
![]() |
Perhimpuna rumah sukan di padang |
![]() |
Perbarisan rumah Tuah |
![]() |
Perbarisan rumah Kasturi |
![]() |
Perbarisan rumah Jebat |
![]() |
Perbarisan rumah Lekir |
![]() |
Acara Rejam Lembing Lelaki PK |
![]() |
Acara 100m |
![]() |
400m Lelaki PK |
![]() |
Pemenang 400m Perempuan PK |
![]() |
400m |
PERTANDINGAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI KALI 1, 2020
Pertandingan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Kulai kali pertama telah berjaya dijalankan pada 6 Februari 2020 di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra, Kulai. Sebanyak 5 kategori dipertandingkan dalam acara tersebut. PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam pertandingan tersebut dengan menghantar 8 orang peserta. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi mereka dengan pencapaian terbaik sekadar tempat ke 8 bagi Raja Mohamad Adham B. Raja Noor Mohamad. Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Nor Hailin Bt Salekun, Penolong PPD Pendidikan Khas (Pembelajaran) Kulai. Tingkatkan usaha dan cuba lagi, Tahniah diucapkan.
![]() |
Barisan peserta PPKI SMK Bandar Tenggara |
![]() |
Pendaftaran peserta |
![]() |
Taklimat kepada peserta |
![]() |
Warming up |
![]() |
Pelepasan peserta lelaki senior |
![]() |
Pelepasan perempuan senior |
![]() |
Cabaran lelaki senior |
![]() |
Noraida meneruskan cabaran |
![]() |
Larian perempuan senior |
Wednesday, 5 February 2020
PROGRAM SUMBANGAN PAKAIAN DARIPADA PASARAYA SAKAN 2020
Seramai 4 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai penerima sumbangan uniform sekolah dengan kerjasama Parasaya Borong Sakan. Sumbangan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan syarat-syarat tertentu. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Semoga sumbangan pakaian dapat memberikan sedikit sinar kepada anak-anak PPKI SMK Bandar Tenggara. Didoakan juga agar Pasaraya Borong Sakan terus maju dan berjaya.
![]() |
Penerima gembira dengan bahagian masing-masing |
![]() |
Terima kasih Sakan!! |
Monday, 3 February 2020
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2020
Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2020 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 2 Februari 2020 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Inspektor Faris Anas Safwan Bin Jeffry, Pegawai Perhubungan sekolah IPD Kota Tinggi. Dalam majlis tersebut, 8 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Student Leader Board (SLB). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Muhamad Lutfi Husaini B. Hussin, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhamad Haziq B. Hairul, (Ketua Kelas), Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin sebagai ahli KENARI.
![]() |
Bacaan ikrar oleh Pemimpin Muda Sekolah |
![]() |
Lembaga Pengawas Sekolah |
![]() |
Student Leader Board |
![]() |
Pengawas Pusat Sumber |
![]() |
Majlis Ketua Tingkatan, Penolong, Bendahari (KENARI) |
![]() |
Ucapan pengetua |
![]() |
Bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pelajar |
![]() |
Suasana di Dewan Permata |
![]() |
Ucapan Tuan Inspektor Faris Anas Safwan, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah |
Subscribe to:
Posts (Atom)