Monday, 3 February 2020

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2020

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2020 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 2 Februari 2020 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Inspektor Faris Anas Safwan Bin Jeffry, Pegawai Perhubungan sekolah IPD Kota Tinggi. Dalam majlis tersebut, 8 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Student Leader Board (SLB). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Muhamad Lutfi Husaini B. Hussin, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhamad Haziq B. Hairul, (Ketua Kelas), Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin sebagai ahli KENARI.

Bacaan ikrar oleh Pemimpin Muda Sekolah
Lembaga Pengawas Sekolah
Student Leader Board
Pengawas Pusat Sumber
Majlis Ketua Tingkatan, Penolong, Bendahari (KENARI)
Ucapan pengetua
Bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pelajar
Suasana di Dewan Permata
Ucapan Tuan Inspektor Faris Anas Safwan, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah

No comments: