Sunday, 22 May 2011
MAJLIS SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2011
Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 telah berlangsung pada 12 Mei 2011 yang lalu di SMPKV Indahpura dalam suasana meriah. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Azan Subuh, Bercerita, Khat dan Nasyid.
SAMBUTAN HARI LAHIR PENDIDIKAN KHAS UNTUK BULAN JANUARI - MEI 2011
Pada 6 Mei 2011 yang lalu, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah membuat sambutan hari lahir untuk 5 orang guru dan 11 orang murid bertempat di Kelas Permata Hati. Satu jamuan turut disediakan untuk semua guru dan murid, selain acara memotong Kek (yang ditaja oleh En. Mohd Nurul Faishal )dan acara bertukar-tukar hadiah. Objektif utama sambutan ini ialah memberi peluang kepada semua murid merasai pengalaman di majlis hari lahir, di samping mempelajari dan membuat persiapan untuk majlis tersebut. Dalam majlis tersebut juga, murid-murid didedahkan dengan konsep memberi dan menerima hadiah sempena hari lahir.
Guru-guru yang meraikan hari lahir dalam majlis tersebut ialah:
1. Pn. Rohaida Bt Mohamad (3 Januari 1980)
2. Pn. Khairani Bt Hamdan (27 Februari 1975)
3. Pn. Noraina Bt A Samad (16 Mac 1956)
4. Pn. Raja Hafsah Bt Raja Hamzah (27 Februari 1981)
5. En. Mohd Nurul Faishal B. Abd Ghani (17 April 1984)
Murid-murid yang meraikan hari lahir dalam majlis tersebut ialah:
1. Khirul Faris B. Abd Jalil (
2. Mohd Bahauddin B. Mansor (25 April 1994)
3.Mohd Fithri B. Safie (
4. Mohd Fikhri B. Safie (21 Mac 1994)
5. Mohd Khairi Zikri B. Abd Halim (10 Februari 1996)
6. Mohd Nor Idham B. Mohd Ali (
7. Mohd Nur B. Zakaria (
8. Mohd Razi B. Md Yassin (
9. Nurul Nabila Bt Zainal Abidin (
10. Syarifuddin B. Ismail (
11. Mohd Rasid B. Zainuddin (22 Mei 1994)
Saturday, 21 May 2011
PASUKAN BOWLING PK SMK BANDAR TENGGARA RAIH TEMPAT KE 3 TAHUN 2011
Pasukan bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 yang berlangsung di IOI Mall, Kulai. Dalam pertandingan tersebut, pasukan SMPKV Indahpura telah berjaya meraih johan keseluruhan apabila mengungguli kategori terbuka Lelaki dan Perempuan. Pasukan SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh Muhammad Nur b. Zakaria, Abdul Latif B. Abd Jalil, Khairul Faris B. Abd Jalil dan Abd Aziz B. Mohd Haithir (4 sepasukan) telah berjaya menduduki tempat ke 3 dengan 1315 jatuhan pin. Namun begitu, tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur b. Zakaria kerana telah berjaya menduduki tempat ke 2 individu apabila berjaya membuat 390 jatuhan pin. Pasukan Bowling Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara akan berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan, Insyaallah.
KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2011
Kem motivasi tahunan anjuran Panitia Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya dijalankan pada 26 - 28 April 2011 yang lalu. Program yang disertai oleh 34 orang murid tersebut telah dijalankan di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Kem Sekakap, Mersing. Pelbagai aktiviti lasak telah berjaya dirancang dan disertai oleh semua murid yang terlibat. Antara aktiviti lasak yang dijalankan ialah Flying fox, Absailing, Merentas halangan, Berakit, Merentas hutan dan Berjalan Malam. Pada malam terakhir turut dijalankan Malam kebudayaan yang memerlukan setiap kumpulan membuat persembahan sama ada berbentuk nyanyian, lakonan dan tarian. Objektif utama kem ini ialah membina kekuatan, keberanian dan jatidiri di kalangan murid-murid selain mempamerkan setiap potensi yang ada di dalam diri masing-masing. Dalam kem ini, Abd Aziz B. Mohd Haithir telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan.
MURID PENDIDIKAN KHAS SERTAI PERKHEMAHAN PENGAKAP 2011
Pada 22-24 April 2011 yang lalu, seramai 3 orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menyertai Perkhemahan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2011 yang telah diadakan di Teluk Gorek, Mersing. Objektif utama perkhemahan tersebut antaranya ialah membina jatidiri dan semangat berpasukan di kalangan peserta selain menerapkan beberapa kemahiran hidup yang penting. Perkhemahan yang berlangsung 3 hari 2 malam tersebut telah dipadatkan dengan pelbagai aktiviti kepengakapan seperti Jerat dan Perangkap, Orienteering, Ikhtiar Hidup, Ikatan, dan Malam Kebudayaan.Tiga murid yang terlibat dengan perkhemahan tersebut ialah Mohamad Ilham B. Azman, Abdul Aziz B. Mohd Haithir dan Mohd Nor Idham B. Mohd Ali.
KEJAYAAN PERMATA HATI DALAM KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2011
TARIKH : 6 APRIL 2011
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT : STADIUM BANDAR TENGGARA
TUGAS : AJK PERALATAN
AKTIVITI : ACARA BALAPAN DAN PADANG
BILANGAN PESERTA : 24 ORANG
PENCAPAIAN : TEMPAT KEDUA KESELURUHAN
5 EMAS | - 100M - 200M - 4X100M - LOMPAT JAUH - REJAM LEMBING | LELAKI JUNIOR LELAKI JUNIOR LELAKI UNIOR PEREMPUAN JUNIOR LELAKI SENIOR | MUHD AZRUL B. AZHAR HISYAMUDDIN B. ISMAIL NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN KHAIRUL FARIS B. ABD JALIL |
14 PERAK | - 100M - 200M - 200M - 400M - 4X100M - 4X100M - 4X100M - REJAM LEMBING - LONTAR PELURU - LOMPAT JAUH - LOMPAT JAUH - REJAM LEMBING - LOMPAT JAUH - LONTAR PELURU | PEREMPUAN SENIOR PEREMPUAN SENIOR LELAKI JUNIOR PEREMPUAN SENIOR LELAKI SENIOR PEREMPUAN SENIOR PEREMPUAN JUNIOR LELAKI SENIOR PEREMPUAN SENIOR PEREMPUAN JUNIOR LELAKI JUNIOR PEREMPUAN SENIOR LELAKI SENIOR PEREMPUAN JUNIOR | NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI MOHD AZRUL B. AZHAR MUSTIKA BT MUSUM MUHAMAD ILHAM B. AZMAN SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR BAHERAHTE A/P RAJA HISYAMUDDIN B. ISMAIL SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN |
8 GANGSA | - 800M - 200M - 800M - LOMPAT TINGGI - LONTAR PELURU - LEMPAR CAKERA - LOMPAT JAUH - LEMPAR CAKERA | PEREMPUAN SENIOR PEREMPUAN JUNIOR LELAKI SENIOR LELAKI SENIOR LELAKI SENIOR LELAKI SENIOR PEREMPUAN SENIOR PEREMPUAN SENIOR | MUSTIKA BT MUSUM BAHERATHE A/P RAJA SYARIFUDDIN B ISMAIL AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR MUHAMMAD NUR B. ZAKARIA ABDUL AZIZ B MOHD HAITHIR MUSTIKA BT MUSUM SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR |
ATLET TERBAIK LELAKI JUNIOR MUHD AZRUL B. AZHAR
PERMATA HATI MERIAHKAN MAJLIS PERSARAAN PENGETUA EN. ZAINAL OTHMAN
MURID PERMATA HATI WAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN PETANQUE KOPERASI SEKOLAH NEGERI JOHOR 2011
MURID PERMATA HATI WAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN BOWLING MSSD KULAIJAYA 2011
PELAKSANAAN BADAN BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR
Merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor bertarikh 7 Februari 2011, dimaklumkan bahawa penglibatan murid-murid Pendidikan Khas dalam badan beruniform ditetapkan kepada pasukan pengakap sahaja. Maklumat lanjut sila lawati Portal Rasmi JPNJ.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT SMK BANDAR TENGGARA 2011
LATIHAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGETUA 9 MAC 2011
LATIHAN KEBAKARAN 2011 - PENDIDIKAN KHAS TURUT TERLIBAT
PERSEMBAHAN MAJLIS PERTAULIAHAN PEMIMPIN ARPRM SMK BANDAR TENGGARA 2011
Pada 2 Februari 2011 yang lalu, kumpulan Dikir Barat Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah membuat persembahan dalam Majlis Pertauliahan Pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Majlis yang bertujuan memberi pertauliahan kepada guru-guru pemimpin ARPRM telah dirasmikan oleh Tn Hj Kamaruddin B. Mohd Tahir, Ketua Unit Ko kurikulum Jabatan Pelajaran Johor.
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS 2011
Murid-murid pendidikan khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam taklimat dan mesyuarat agung persatuan dan badan beruniform 2011. Murid Permata Hati telah terlibat dalam mesyuarat agung Persatuan Permata Hati SMK Bandar Tenggara 2011 dan Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2011.
MURID BARU PERMATA HATI 2011
Bermula sesi persekolahan 2011 yang baru, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima 7 orang murid baru dari program-program pendidikan khas intergrasi sekolah-sekolah berhampiran. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Bandar Tenggara 1, SK Felda Penggeli Timur dan SK Felda Inas. Semua murid yang baru mendaftar tersebut adalah murid lelaki. Mereka ialah RIDZUAN HAIQAL BIN ZAINAL, QAMARUL ABIDIN BIN ABDUL RAHIM dan SASITHERAN A/L SILVAM dari SK Bandar Tenggara 1, MUHAMMAD YUSUF MUSTAQIM BIN MD YUNOS dan MUHAMMAD AZRUL BIN AZHAR dari SK Felda Penggeli Timur manakala MOHAMMAD ASYRAF BIN MASROF dan KHAIRULHAZIZI BIN AHMAD dari SK Felda Inas. Bagi sesi persekolahan 2011 ini, Permata Hati SMK Bandar Tenggara mempunyai seramai 39 murid, 9 guru dan 2 PPM.
SELAMAT KEMBALI BERTUGAS 2011
MENYUMBANG EMAS DI SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)