Saturday, 21 May 2011

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2010


Pada 11 November 2010, PPD Kulai telah mengadakan Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2010. Majlis yang berlangsung di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara telah dirasmikan oleh En. Anuar B. Jais, Timbalan PPD Kulai. Seramai 12 orang murid Pendidikan Khas SMk Bandar Tenggara yang telah menamatkan persekolahan pada tahun ini telah menerima sijil pada majlis tersebut. Murid SMK Bandar Tenggara, Mohd Suffian b. Abd Rashid telah menerima Anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas bagi ketegori sekolah menengah. Semoga semua murid tersebut dapat meneruskan perjuangan hidup mereka di alam kehidupan yang sebenar.

No comments: