Pada 10 November 2010 yang lalu, Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2010. Jamuan yang bertujuan meraikan kejayaan murid pendidikan khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan di Hotel Puteri Pasifik Johor Bahru. Dalam majlis tersebut, murid-murid yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kurikulum dan ko kurikulum telah diraikan. Majlis disempurnakan oleh En Shahrin b Shahril, Pengurus F&B Hotel Puteri Pasifik. Sebelum majlis tersebut, satu program kesedaran alam sekitar dan terapi air telah di jalankan dengan kerjasama Zoo Johor dan Bahagian Pusat Kecergasan Hotel Puteri Pasifik.
No comments:
Post a Comment