Tuesday 24 July 2012

MURID PERMATA HATI SMK BANDAR TENGGARA MENYERTAI KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Seramai 26 orang murid Permata Hati dan 8 guru termasuk 2 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) SMK Bandar Tenggara telah menyertai Kursus Pembuatan Roti dan Pastri yang telah diadakan pada 13 Julai 2012 di Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Kursus  yang dijalankan atas kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara ini telah berjalan selama 5 jam bermula 8 pagi hingga 1 petang. Sebanyak 4 jenis roti dan pastri yang telah dipelajari iaitu roti keju manis, donut, roti capucino dan pizza wholemeal. Setelah sesi pengajaran, sesi seterusnya ialah sesi makan.









KULAIJAYA JOHAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2012

Pasukan petanque Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya telah menjadi johan dalam Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Negeri Johor 2012 yang telah diadakan pada 12 Julai 2012 yang lalu di 2 vanue berasingan iaitu di SMPKV Indahpura dan SMK Taman Putri, Kulaijaya. Tempat kedua disandang oleh pasukan Batu Pahat manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Kota Tinggi. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut mewakili daerah dalam 3 kategori iaitu BP Lelaki Senior (BPLS), BP Perempuan Senior (BPPS) dan BP Lelaki Junior (BPLJ). Khairulhazizi B. Ahmad telah menjadi johan bagi kategori BPLJ, Abdul Latif B. Jalil mendapat tempat ketiga bagi kategori BPLS, manakala Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin mendapat tempat keempat dalam kategori BPPS. tahniah diucapkan.





Tuesday 10 July 2012

MURID 'LOW FUNCTION' SERTAI PERMAINAN OKU KELOLAAN JICA

Pada 20 Jun 2012 yang lalu, 4 orang murid low function Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Muhd Faiz Othman, Sasitheran Silvam, Muhd Hadham Sahid dan Muhd Fairuz Pawzi terpilih mengikuti Bengkel Permainan OKU kelolaan sukarelawan JICA (Japan International Cooperation Agency) Cik Miharu Kobayashi di SRJKC Kulai 1. Sebanyak 3 permainan diperkenalkan iaitu, Fusen Volleyball, Ping Pong dan Flying Disc. Pada 5 Julai 2012 pula telah diadakan sesi yang kedua melibatkan 4 murid iaitu Muhd Yusuf Mustakim Md Yunus, Muhd Ameirul Nazir, Ridzuan Haiqal Zainal dan Qamarul Abidin Rahim.






Monday 9 July 2012

MAJLIS SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2012 telah berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2012 yang lalu di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat. SMK Bandar Tenggara telah mewakili daerah Kulaijaya dalam pertandingan nasyid. Namun, nasib tidak menyebelahi dengan sekadar di kedudukan saguhati. Ayuh, cuba lagi di masa akan datang!!!!





BENGKEL SYNCHRONIZED SWIMMING UNTUK OKU

Pada 25 Jun 2012 yang lalu, satu bengkel Synchronized Swimming untuk murid Pendidikan Khas Daerah Kulai telah berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Putra. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada aktiviti renang asas dan renang berirama.
3 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih dalam aktiviti tersebut iaitu;

Qamarul Abidin B. Rahim
Muhd Ameer Najmuddin B. Hailani
Muhd Faiz B. Othman




PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2012


 Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2012 telah berlangsung pada 23 Mei 2012 di Gelanggang Futsal Felda Bukit Besar. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kategori Senior

Johan               : SMPK Vokasional Indahpura
Naib Johan       : SMK Bandar Tenggara
Ketiga              : SMK Sultan Alauddin

Pemain terbaik Senior: Muhamad Rasul b. Roslan (SMPKV Indahpura)

Kategori Junior

Johan                : SMK Bandar Tenggara
Naib Johan       : SK Senai
Ketiga              : SMK Kelapa Sawit

Pemain terbaik Junior: KhairulHazizi b. Ahmad (SMK Bandar Tenggara)









LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG

Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah membuat lawatan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 7 hingga 10 Mei 2012 yang lalu.
Lawatan yang bertujuan memberi pendedahan tentang tempat-tempat dan cara hidup masyarakat pantai timur itu telah melawat tempat-tempat menarik seperti Istana Jahar, Muzeum Perang, Masjid Muhammadi di Kelantan, Taman Tamadun Islam, Bukit Puteri, Noor Arfa Batik di Terengganu dan Gambang Water City di Pahang.






MAJLIS SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2012

Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2012 telah berlangsung pada 2 Mei 2012 yang lalu di SMPK Vokasional Indahpura. SMK Bandar Tenggara telah menyertai 5 acara dan telah memenangi 4 kategori yang dipertandingkan iaitu JOHAN Pertandingan Nasyid, NAIB JOHAN Pertandingan Tilawah Lelaki Senior, KETIGA Pertandingan Azan subuh Lelaki Senior dan KETIGA Pertandingan Azan Subuh Lelaki Junior. Pertandingan peringkat negeri akan berlangsung di Batu Pahat.





KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor 2012 telah berlangsung pada 27, 28 dan 29 April yang lalu di Mini Stadium SMK Belitong, Kluang. Dalam kejohanan tersebut, 10 daerah telah mengambil bahagian. Johan telah disandang oleh Johor Bahru dengan 22 emas, 16 perak, 23 gangsa, Naib johan telah disandang oleh daerah Batu Pahat dengan 16 emas, 13 perak, 18 gangsa, manakala tempat ketiga telah disandang oleh daerah Kulaijaya dengan 15 emas, 12 perak, dan 15 gangsa.