Tuesday 26 February 2019

PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN 2019

Pada 24 Februari 2019 yang lalu telah dilancarkan Program Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Program Jom Ke Perpustakaan anjuran Bidang Bahasa peringkat sekolah. Program dirasmikan oleh Pn. Noraini Binti Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam program tersebut melalui aktiviti Jom Ke Perpustakaan yang dikendalikan oleh Puan Siti Khalijah Rahim. Tahniah diucapkan


Majlis perasmian 4 program tersebut
Pertandingan congkak

yang disertai oleh pelajar PPKI

bersama murid perdana





CERAMAH KESIHATAN DAN UJIAN DARAH TALASEMIA 2019

Ceramah Kesihatan dan Ujian Darah Talasemia 2019 telah diadakan di Bilik Seminar dan Bilik Rawatan SMK Bandar Tenggara pada 24 dan 25 Februari 2019. Program dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Tenggara dengan kerjasama Unit HEM SMK Bandar Tenggara. Ceramah kesihatan Talasemia telah disampaikan oleh Dr. Fazilahton Bt Rajulin dari Klinik Kesihatan Bandar Tenggara. Semua pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara yang berumur 16 tahun turut terlibat dalam program tersebut. 

Sebahagian pelajar PPKI yang telah selesai diambil sampel darah
Nurain diambil sampel darah
Amir Najmi diambil sampel darah
Hafizudin sedang diambil pengesahan 
Hafizudin sedang diambil sampel darah
Nazri sedang diambil sampel darah
Suasana dalam Bilik Rawatan SMK Bandar Tenggara

PROGRAM KEUSAHAWANAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

Para pelajar Asas Masakan PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengambil peluang untuk menjalankan aktiviti keusahawanan semasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG dan hari Anugerah Cemerlang SMKBT 2019. Antara barang jualan yang diusahakan ialah aneka kek dan pastri, aiskrim, kekacang, puding dan kuih tat nanas. Semoga aktiviti tersebut dapat menjana kemenjadian murid PPKI SMK Bandar Tenggara. Tahniah.

Antara pelajar Asas Masakan yang terlibat
Melayan pelanggan yang sedang memilih barang jualan
Latihan aktiviti keusahawanan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2019

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 Dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 23 Februari 2019 di Dewan Permata. Majlis dirasmikan oleh En. Abd Rahman bin Muri, Pegawai Bahagian Perancangan Strategik KEJORA. Mesyuarat agung PIBG telah dikendalikan oleh En. Ahmad bin Saian, Pengerusi PIBG SMK Bandar Tenggara. Dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang, 5 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara menerima hadiah berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi tahun 2018. Mereka ialah Muhamad Rejab ALi Zulfikar Abu Assalam, Muhamad Hafizudin Azman, Muamad Aiyzat Othman, Noraishah Mohd Affandi dan Nurnatasha Mohd Aris. Tahniah diucapkan.

Banner majlis
Pemain gamelan Sri Tenggara


Nur Natasha menerima hadiah

Barisan pelajar PPKI yang menerima hadiah

Rejab menerima hadiah

Pengerusi PIBG mengendalikan mesyuarat

Barisan kepimpinan PIBG SMK Bandar Tenggara

En. Abd Rahman Muri selaku perasmi

Antara ibu bapa yang hadir

Persembahan murid

MAJLIS PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2019


Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah dan Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 18 Februari 2019 yang lalu di Dewan Permata. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Perubungan Polis Sekolah, Tuan ASP Fauzi bin Kamarudin, dari IPD Kota Tinggi. Dua pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam program tersebut iaitu Muhamad ZairulAkhbar B. Jamaludin dan Amad Kamri Bin Mohd Meli. Tahniah diucapkan.
Muhamad Zairulakhbar dan Ahmad Kamri menerima watika masing-masing sebagai Ketua dan Penolong Kelas
Suasana dalam Dewan Permata

Barisan pemimpin muda sekolah

Wakil Kenari (Majlis Ketua, Penolong dan Bendahari)
Bersama Pegawai Perhubungan Polis Sekolah