Tuesday 30 August 2016

PROGRAM PENGAYAAN P&P KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS : KURSUS PERANGGU MEJA

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Pengayaan P&P Kemahiran Hidup, Kursus Peranggu Meja pada 23 Ogos 2016 yang lalu di Bilik Seminar. Kursus yang disampaikan oleh Pn. Nurul Azura Bt Abdul Rahim, Guru Katering SMK Bandar Tenggara. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan Peranggu Meja dan kepentingannya.

Amali menyusun peranggu meja
Bacaan doa sebelum memulakan kursus
Kursus disampaikan oleh Pn. Nurul Azura
Amali penyusunan peranggu meja
Melipat napkin

Menyusun peralatan
Pembelajaran melipat napkin

Kaedah mengangkat perkakasan
Sesi amali Kursus Peranggu Meja

Mendengar dengan penuh minat
Penyerahan cenderamata kepada penceramah kursus


Sunday 28 August 2016

UJIAN S.E.G.A.K PPKI PENGGAL KEDUA

Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menjalankan ujian S.E.G.A.K Penggal Kedua pada 22 Ogos 2016 yang lalu. Ujian dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang diketuai oleh En. Taufieq B. Aluddin. Semua murid telah menjalankan 5 ujian iaitu
1. Ujian Tinggi / Berat
2. Bangkit Tubi
3. Ringkuk Separa
4. Naik Turun Bangku
5. Jangkauan Melunjur.


Aktiviti Jangkauan melunjur
Aktiviti naik turun bangku


Aktiviti tekan tubi

Aktiviti ringkuk separa

Jangkauan melunjur murid perempuan

Mengambil ukuran berat dan tinggi

Aktiviti naik turun bangku

Mengambil ukuran berat dan tinggi setiap murid

Thursday 11 August 2016

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN 2016

Pelancaran sambutan bulan kemerdekaan 2016 telah dilangsungkan pada 28 Julai 2016 yang lalu di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Sempena sambutan tersebut, satu pertandingan Koir Kemerderkaan telah dijalankan. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menyertainya dan menjuarai pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Persembahan koir oleh murid PPKI SMK Bandar Tenggara
Dendangan lagu 31 Ogos

Gimik pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sebahagian murid yang berada di Dewan Permata

Pn. Pengetua memotong reben perasmian

Nyanyian lagu-lagu patriotik


Gegantung perasmian

Antara aktiviti bulan kemerdekaan

Wednesday 10 August 2016

PROGRAM INTERNSHIP PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Mulai 1 hingga 28 Julai 2016 yang lalu, dua orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas Universiti Sains Malaysia iaitu Mohamad Taufik B. Kadir dan Nur Aisyah Bt Mohd Kamil telah menjalani Program Internship di PPKI SMK Bandar Tenggara. Jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang dicurahkan dan semoga segala ilmu yang diperoleh semasa mengikuti program di sekolah ini dapat dipraktikkan sebaiknya. Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara telah berbesar hati menyerahkan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua pelajar tersebut.



Penyerahan cenderamata kepada En.Mohamad Taufik B. Kadir

Penyerahan cenderamata kepada Cik Nur Aisyah Bt Mohd Kamil

MAJLIS DISKUSI & SAMBUTAN HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2016

Pada 31 Julai 2016 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Hari Diskusi & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pendidikan Khas 2016 di Bilik Seminar SMKBT. Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, Ucapan Tuan Pengetua dan penyempaian Hadiah Kecemerlangan Akademik PPKI Pertengahan Tahun 2016. Majlis diteruskan dengan berselawat dan jamuan hari raya berserentak dengan sesi diskusi antara ibu bapa dan guru.


Barisan guru dan PPM SMK Bandar Tenggara
Bacaan doa oleh Muhd Izzat Haiqal
Ucapan alu-aluan GPK Pendidikan Khas
Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara
Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun : Ahmad Kamri

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun: Muhd Fitri Aiman

Taklimat hari diskusi SMK Bandar Tenggara
Alunan selawat nabi SAW

Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Perbincangan bersama ibu bapa murid

Perbincangan bersama keluarga murid

Perbincangan RPI murid





Thursday 4 August 2016

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan Program Kecemerlangan SPM Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 dari 24 - 29 Julai 2016 di SMK Medini, Iskandar Puteri, johor Bahru. Program tersebut telah disertai oleh dua orang murid Pendidikan Khas SMKBT iaitu Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin dan Baherathe A/P Raja serta Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani selaku guru pengiring. Program bertujuan meningkatkan kecemerlangan SPM murid-murid Pendidikan Khas Johor dengan dibantu oleh penceramah dan fasilitator berkelayakan.


Pn. Fatimah sebagai guru pengiring bersama Baherathe (kiri) dan Nurul Nabilah (kanan)






Peserta kursus 
Bersama fasilitator Bahasa Inggeris