Tuesday 24 January 2017

HARI DISKUSI PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2017

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Hari Diskusi PPKI SMK Bandar Tenggara pada 22 Januari 2017 di Kelas Permata Hati. Program ini bertujuan memberi peluang perbincangan antara ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hal persekolahan, akademik dan RPI. Dalam program ini juga, Mesyuarat Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2017 turut dijalankan. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Senarai AJK Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2017

Pengerusi      : En. Raden Raya Bin Muri
N. Pengerusi : En. Sulaiman Bin Kahol
Setiausaha     : Pn. Siti Khalijah Bt Rahim
Bendahari      : Pn. Norfatimah Bt A Ghani
AJK              : 1) Pn. Rosnah Bt Abd Rahim
                       2) Pn. Zuridah Bt Ahmad
                       3) Pn. Zarinah Bt Mohd Zaberi
                       4) En. Mohd Noor Azimi Bin Ibrahim
                       5) En. Abdul Haji bin Mat Piah
                       6) Pn. Hafidah Bt Bahrom

Sebahagian ibubapa yang hadir 
Fakhrul Radzi bertindak sebagai pengacara majlis dan Aiyzat sebagai pembaca doa
Ucapan alu-aluan GPK Pendidikan Khas, Pn Hjh Khairani Bt Hamdan
Ucapan Perasmian Pengetua SMKBT, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani
Ucapan Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT, En. Raya B. Muri
Diskusi Kelas PK Intan
Diskusi Kelas PK Nilam
Diskusi Kelas PK Mutiara
Diskusi Kelas PK Baiduri
Diskusi Kelas PK Delima
Diskusi Kelas PK Tingkatan 1




Saturday 21 January 2017

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2017

Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2017 telah dijalankan pada 18 Januari 2017 di Kelas Permata Hati. Dalam mesyuarat tersebut Mohamad Nor Hakim Bin Kamisan telah dipilih secara undian sebagai pengerusi Persatuan Pengakap Pendidikan Khas SMKBT. Dalam perjumpaan pertama ini juga, murid-murid didedahkan dengan Persetiaan Pengakap dan asas kawad kaki. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan yang dipilih dan selamat maju jaya.

Proses pemilihan sedang dijalankan
Muhaimin memberikan cadangan calon
Latihan asas kawad kaki
Latihan di bawah bimbingan En. Mohd Nurul Faishal
Perbarisan diketuai oleh Ahmad Kamri Bin Mohamed Meli
Menulis buku PAJSK
Mesyuarat dikendalikan oleh Pengerusi & Tmbilan Pengerusi baharu
Asas Kawad kaki perempuan
Gandingan mantap


Sunday 15 January 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BANDAR TENGGARA 2017

Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Tenggara 2017 telah diadakan pada 14 Januari 2017 di sekitar Bandar Tenggara. Semua murid SMK Bandar Tenggara telah terlibat termasuk murid PPKI SMK Bandar Tenggara. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua, Puan Zaharah Bt Mohd Jani dan senamrobik oleh pelajar-pelajar Pra Universiti. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan YDP PIBG SMK Bandar Tenggara, En. Ahmad Bin Saian. Pemenang bagi kategori Pendidikan Khas adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki PK
1. Muhamad Haziq B. Abd Rahim (Kasturi)
2. Muhd Fakhrul Radzi B. Azmi (Tuah)
3. Muhamad Nor Farhan B. Nazarudin (Jebat)
4. Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohamad (Kasturi)
5. Ahmad Kamri B. Mohamad Meli (Jebat)

Kategori Perempuan PK
1. Nurnatasha Bt Mohd Aris (Jebat)
2. Nor Atikah Bt Jalil (Jebat)
3. Nurul Asyikin Bt Ruslan (Jebat)
4. Najeeha Azwa Bt Mohd Jais (Kasturi)
5. Nor Atikah Bt Samat (Tuah)

Keputusan Keseluruhan
Johan - Kasturi
N. Johan - Tuah
Ketiga - Jebat
Keempat - Lekir

Para peserta kategori Lelaki PK dan Lelaki 13 memulakan larian
Senamrobik sebelum kejohanan
Aktiviti regangan 
Sebahagian murid PPKI Lelaki
Sebahagian murid PPKI Perempuan
Peserta kategori perempuan PK dan P 13 memulakan larian
Garisan penamat larian
Najeeha Azwa menghampiri Check Point 7
Johan Lelaki PK, Muhd Haziq B. Abd Rahim
Naib Johan Lelaki PK, M. Fakhrul Radzi
Naib Johan Perempuan PK, Nurul Asyikin
Tempat ke 4 Perempuan PK, Najeeha Azwa
Pemenang tempat 1, 2, 3 Lelaki PK
Pemenang tempat 1, 2, 3 Perempuan PK




Thursday 12 January 2017

MESYUARAT AGUNG KELAB KEMBARA PERMATA HATI 2017

Mesyuarat Agung Kelab Kembara Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 11 Januari 2017 di Kelas Permata Hati sebagai sebahagian aktiviti perjumpaan kokurikulum Kelab & Persatuan. Dalam Mesyuarat Agung tersebut, Faris Bin Airman telah dipilih sebagai Pengerusi kelab yang baharu seterusnya mengendalikan mesyuarat agung dengan bimbingan guru. Tahniah kepada semua murid yang terpilih dan selamat maju jaya.

Senarai AJK tahun 2017
Pengerusi mengendalikan Mesyuarat Agung 
Proses pengundian sedang dijalankan
Antara aktiviti yang dicadangkan bagi tahun 2017
Pengiraan undi sedang dijalankan




Sunday 8 January 2017

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2017

Unit Kokurikulum SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2017 pada 4 Januari 2017 mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Dalam mesyuarat agung tersebut, setiap rumah sukan akan memilih barisan kepimpinan bagi sesi 2017 ini. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut terlibat menjayakan mesyuarat tersebut mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan dengan dibantu oleh semua guru PPKI.


Mesyuarat Agung Rumah Sukan Jebat di Dewan Permata A

Mesyuarat Agung Rumah Sukan Tuah di Dewan Permata B
Mesyuarat Agung Rumah Sukan Lekir di Kantin
Mesyuarat Agung Rumah Sukan Kasturi di Surau An-Nur
Sebilangan murid PPKI rumah sukan Lekir menghadiri mesyuarat agung





Saturday 7 January 2017

MAJLIS PERPISAHAN PPM SMKBT, PN. SITI NURFADHILAH

Majlis Perpisahan Puan Siti Nurfadhilah Bt Zakariah, PPM Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 2 Januari 2017 lalu di Restoran KFC Bandar Tenggara. Pn. Siti Nurfadhilah akan berkhidmat di Pulau Pinang mulai 3 Januari 2017. Sambutan diadakan bersama semua warga PPKI SMK Bandar Tenggara. Terima kasih atas segala sumbangan bakti dan semoga Pn. Siti Nurfadhilah akan terus cemerlang di tempat baharu.

Pn. Siti Nurfadhilah memotong kek perpisahan bersama guru-guru dan PPM PPKI SMKBT

Jamuan makan di KFC Bandar Tenggara
Penyerahan cenderamata kepada Pn. Siti Nurfadhilah
Bacaan doa oleh Faris Airman
Kek Perpisahan yang lazat
Ucapan GPK Pendidikan Khas
Bersama bekas pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara
Penyerahan cenderamata dari PPKI SMKBT
Murid-murid seronok menikmati hidangan
Murid-murid mengambil tempat
Hidangan yang disediakan
Antara murid yang hadir