Sunday 5 June 2016

SALAM PERPISAHAN BUAT PN. ZAMZURIANA BT HASIN

Salam Perpisahan buat Pn. Zamzuriana Bt Hasin yang berpindah ke SK Sinar Bahagia, Kulai mulai 1 Jun 2016. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan diucapkan jutaan terima kasih. Segala kenangan disimpan dalam hati. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.


Saturday 4 June 2016

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2016

Pada 24 & 25 Mei 2016 yang lalu, unit PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan aktiviti Perkhemahan Motivasi Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara di PPNJ Agro Park, Kota Tinggi. Program tersebut telah disertai oleh 28 orang murid PPKI dan 10 orang guru dan PPM SMK Bandar Tenggara. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti membuat gajet, mencari harta karun, merentas hutan, melawat ladang dan memancing. Program telah diselaraskan oleh Pn. Sahira Haryati Bt Sairi.

Bergambar kenangan semasa program

Aktiviti membuat gajet

Aktiviti membuat gajet

Aktiviti memancing

Pertandingan memancing antara kumpulan

Sesi Senam pagi

Lawatan ke ladang ternakan

En. Hassry gigih menyediakan umpan

Aktiviti berjalan malam

Setiap kumpulan diminta membuat sekurang-kurang 3 gajet

Aktiviti kerohanian

Lawatan ke reban kambing

Pengalaman memberi kambing jenis Boer makan