Profil





VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negera


......................................................................................................


MISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.



......................................................................................................

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS



Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


......................................................................................................




PENERANGAN LOGO

WARNA UNGU                : Melambangkan Pendidikan Khas
WARNA PUTIH               : Melambangkan Kesucian
WARNA MERAH             : Melambangkan Keberanian untuk bertindak
WARNA BIRU                 : Melambangkan Perpaduan di kalangan Warga PPKI SMKBT
WARNA MERAH & BIRU : Melambangkan SMKBT di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim



BENTUK BULAT              : Melambangkan pendemokrasian pendidikan kepada semua lapisan masyarakat
SIMBOL ORANG             : Melambangkan murid Pendidikan Khas yang perlu diberi perhatian
SIMBOL GELONG           : Melambangkan aktiviti sukan, kokurikulum dan program yang disertai
SIMBOL 3  BUKU             : Melambangkan kurikulum yang diberikan kepada murid-murid Pendidikan Khas iaitu
    1.       Akademik
    2.       Kemahiran
    3.       Program Inklusif
SIMBOL HATI                 : Melambangkan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik anak istimewa ini.
SIMBOL 2 BUNGA         : Melambangkan kerja sama erat Guru Pendidikan Khas dan Ibu Bapa
“BERDIRI & BERDIKARI”: Slogan PPKI SMKBT yang membawa maksud

BERDIRI : Kemampuan untuk menonjolkan diri menjadi yang yang terbaik.
BERDIKARI: Kemampuan untuk Berjaya dan meneruskan hidup setelah tamat  persekolahan selain berbakti kepada masyarakat.


......................................................................................................

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA

Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mula dibuka pada awal tahun persekolahan tahun 2000. Guru-guru yang berusaha membuka kelas tersebut ialah Puan Noraina Bt. A. Samad dan Puan Khairani Bt. Sapawi. Pada awal pembukaan tersebut terdapat 16 orang murid dan sebuah kelas yang terletak di tingkat 1, blok Elok.

Pada tahun 2001, terdapat pertambahan murid dan juga perubahan kelas. 8 orang murid baru telah memasuki kelas Pendidikan Khas ini, yang menjadikan jumlah murid kepada 24 orang. Pada tahun ini juga seorang guru baru menyertai kelas Pendidikan Khas ini dan menjadikan jumlah guru di kelas ini kepada 3 orang. Lokasi kelas juga telah diubah ke blok Fikir dan sebuah kelas lagi telah dibuka. Luas sebuah kelas di blok Fikir ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian. 

Pada tahun 2002, serang sahaja murid baru yang mendaftar di kelas ini, yang menjadikan jumlah murid di kelas ini seramai 25 orang. Lokasi kelas masih kekal di blok Fikir tetapi telah dibesarkan kepada 2 kelas dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Keluasan kelas ini kekal sehingga tahun 2006.

Keseluruhan kelas di blok Fikir telah diserahkan sepenuhnya kepada Kelas Pendidikan Khas pada tahun 2007. Pada masa ini jumlah guru telah bertambah menjadi 5 orang. Pada tahun berikutnya jumlah guru menjadi 7 orang.

Pada tahun 2009 jumlah guru adalah seramai 8 orang dan jumlah murid seramai 41 orang yang telah dibahagikan kepada 6 kelas. Pada tahun berkenaan juga, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menerima 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara mula menerima Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 2011 dengan En. Ruhaizad B. Mohd Reduan sebagai GPK pertama. Pada tahun 2013, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara cemerlang dengan GPK Pendidikan Khas yang baharu, En. Hamzah B. Hamdan dengan 9 tenaga pendidik, 4 PPM dan 41 orang murid berkeperluan khas. Kini, warga PPKI SMK Bandar Tenggara berjumlah 40 orang murid bersama 9 guru dan 4 PPM.


......................................................................................................





SEJARAH SMK BANDAR TENGGARA

SMK  Bandar  Tenggara  adalah  merupakan  salah  sebuah  sekolah  menengah  yang  berada  di  dalam  daerah  Kulai,  Johor  Darul  Takzim.  Daerah  Kulai  mempunyai  16  buah  sekolah  menengah.    Terdapat  4  buah  sekolah  menengah  yang  berhampiran   iaitu  SMK  Bandar  Tenggara  2,  SMK  Seri  Pinang,  SM  Agama  Bandar  Tenggara  dan  SMK  Sultan  Alauddin.  Manakala  sekolah-sekolah  rendah  yang  berhampiran  pula  ialah  SK  Bandar  Tenggara  1,  SK  Bandar  Tenggara  2,  SK  Felda  Pengeli  Timur  dan  SK  Felda  Sungai  Sibol.

Sekolah  ini  telah  banyak  menempa  kejayaan  sama ada  di  dalam  aspek  akademik, kokurikulum  ataupun  hal  ehwal  murid.  Kejayaan-kejayaan  yang  telah  dicipta  ini  sejajar  dengan  usia  sekolah  ini  yang sudah  menjangkau  33  tahun  pada   tahun  2014  (1981 – 2014). 

SMK  Bandar  Tenggara  terletak  di dalam  kawasan  taman  perumahan  Bandar  Tenggara,  yang  ditadbir  urus  oleh  Pengurusan  Kemajuan  Johor  Tenggara  ataupun  KEJORA.  Ibu  pejabat  pentadbirannya  berada  di  Bandar  Penawar,  Kota  Tinggi,  Johor.  Ia ditadbir  oleh  KEJORA  bersama-sama  dengan  taman  perumahan  di  Bandar  Penawar (Kota  Tinggi),  Bandar  T6  (Kluang),  Bandar  Mas  (Kota  Tinggi) dan  Petri  Jaya  (Kota  Tinggi).    

Kawasan-kawasan  perumahan  yang  berhampiran  dengan  SMK  Bandar  Tenggara  ialah  Taman  Perumahan  Bandar  Tenggara,  Taman  Sayong  Pinang, Taman Sayong Indah, Taman  Anggerik Tenggara,  Felda   Pengeli  Timur,  Felda  Sungai  Sibol,  Kampung  Seri  Pekan, Ladang Pekan, Ladang Cenas dan Felda Inas.

......................................................................................................



No comments: