Aktiviti


PENYELARAS LAWATAN PENANDA ARAS
Pn. Siti Khalijah Bt Rahim

Lawatan Penanda Aras dijalankan bagi menimba dan meningkatkan ilmu berkaitan Pendidikan Khas dari sekolah-sekolah yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang Pendidikan Khas. Semoga lawatan penanda aras ini dapat membuahkan hasil yang memberikan manfaat kepada semua anak-anak Permata Hati ini. Antara sekolah yang telah dilawati ialah:
                 1. SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor (2010)
                 2. SMK Air Baloi, Pontian, Johor (2011)
                 3. SMK Sri Kukup, Pontian, Johor (2012)
                 4. SMK Demak Baru, Kuching, Sarawak (2013)
                 5. SMK Tun Ismail, Batu Pahat, Johor (2014)
                 6. SMK Taman Sutera, Johor Bahru, Johor (2014)
                 7. SMK Taman Johor Jaya 2, Pasir Gudang, Johor (2015)
                 8. SMK Sultan Alauddin, Kulai (2016)
                 9. SMK Jelutong, Pulau Pinang (2017)
                10. SMK Pulau Gaya (2018)









......................................................................................................

PENYELARAS LATIHAN & KURSUS
Pn. Kharani Binti Sapawi



Unit Latihan dan Kursus diwujudkan bagi menyelaras latihan dan kursus-kursus yang boleh disertai oleh guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas. Kursus-kursus yang dijalankan adalah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta terpilih seperti GiatMara, Kolej Komuniti, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Jabatan Pertanian dan sebagainya. Antara kursus yang telah dijalankan ialah:

                 1. Kursus Pembuatan Simen Fero
                 2. Kursus Gunting Rambut
                 3. Kursus Asas Pertanian Fertigasi
                 4. Kursus Penyediaan Roti Canai
                 5. Kursus Penyediaan Nasi Beriani
                 6. Kursus Tanaman Orkid
                 7. Kursus Penternakan Burung Walit
                 8. Kursus Penyediaan Roti dan Pastri
                 9. Kursus Penyediaan Coklat
               10. Kursus Menghias Kek
               11. Kursus Asas Jahitan







..................................................................................................

PENYELARAS KEM MOTIVASI / PERKHEMAHAN

En. Mohd Nurul Faishal Bin Ab Ghani


Unit Kem Motivasi dan Perkhemahan ditubuhkan di bawah JawatanKuasa Kokurikulum Pendidikan Khas sebagai penyelaras bagi aktiviti perkhemahan dan kem motivasi di peringkat sekolah. Unit ini juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti Perhimpunan Pengakap Pendidikan Khas (Agoonooree) di peringkat sekolah dan Daerah Kulai. 








..................................................................................................


PENYELARAS MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS
En. Mohd Radzuan Bin Mohtar

Unit ini bertanggungjawab menyelaras program Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara bersama-sama Majlis Jamuan Akhir Tahun yang dijalankan setiap tahun. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan murid-murid Pendidikan Khas yang cemerlang dalam bidang akademik (peperiksaan akhir tahun), kokurikulum, dan sahsiah serta meraikan murid-murid yang akan menampatkan pelajaran mereka di kelas Permata Hati, SMK Bandar Tenggara. Antara anugerah yang diterima ialah:

                 1. Anugerah Akademik Terbaik (Tempat Pertama / Kedua / Ketiga)
                 2. Anugerah Subjek Terbaik (Bahasa Melayu)
                 3. Anugerah Subjek Terbaik (Bahasa Inggeris)
                 4. Anugerah Subjek Terbaik (Matematik)
                 5. Anugerah Subjek Terbaik (Sains Sosial)
                 6. Anugerah Subjek Terbaik (Pendidikan Islam)
                 7. Anugerah Subjek Terbaik (Pendidikan Moral)
                 8. Anugerah Subjek Terbaik (Kemahiran Hidup)
                 9. Anugerak Kokurikulum Terbaik
                 10. Anugerah Sahsiah Terbaik
                 11. Anugerah Kedatangan Terbaik
                 12. Anugerah Transisi Terbaik
                 13. Anugerah Tokoh Murid








 .................................................................................................



PENYELARAS AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR / PENGAYAAN PdPc
Pn. Nor Zieyana Binti Kasron

Unit Lawatan ini diwujudkan bagi menyelaras semua aktiviti Lawatan Sambil Belajar yang akan dijalankan oeh Unit Pendidikan Khas. 










......................................................................................................

PENYELARAS AKTIVITI DAKWAH
En. Mohd Nurul Faishal B. Ab Ghani


Unit Kerohanian Pendidikan Khas ditubuhkan bagi menyemai dan menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan murid-murid Pendidikan Khas. Antara aktiviti kerohanian yang dijalankan di Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara ialah:

                  1. Program Solat Berjemaah
                  2. Majlis Budaya al-Quran
                  3. Majlis berbuka puasa
                  4. Majlis Marhaban
                  5. Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W
               



MAJLIS BUDAYA AL-QURAN



......................................................................................................

PROGRAM MARHABAN PENDIDIKAN KHAS

Pn. Noorkiah Binti Ahmad










......................................................................................................


MAJLIS BERBUKA PUASA

En. Mohd Hassry Bin Mustakim





......................................................................................................

SAMBUTAN MAULIDURRASULALLAH




.........................................................................................

......................................................................................................


PENYELARAS AKTIVITI KEBUDAYAAN

Pn. Sahira Haryati Bt Sairi

      

Unit Kebudayaan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara ditubuhkan bagi menyemarakkan aktiviti-aktiviti berkaitan kebudayaan yang sesuai dengan kebolehan murid-murid berkebolehan Khas. 

     Antara aktiviti kebudayaan yang telah dijalankan dan dipersembahkan dalam majlis-majlis peringkat sekolah dan daerah ialah:

1. Nasyid melalui kumpulan Hijrah
2. Dikir barat
3. Karaoke (Nyanyian solo)
4. Kuda kepang


......................................................................................................

NASYID - KUMPULAN HIJRAH





......................................................................................................

DIKIR BARAT




......................................................................................................

NYANYIAN


......................................................................................................

KUDA KEPANG


...........................................................................................
......................................................................................................