Monday 28 May 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2018

Majlis Berbuka Puasa Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 24 Mei 2018 di Restoran D'Ayeed Bandar Tenggara. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan di kalangan murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah terus merahmati kalian. InsyaAllah.

Bergambar kenangan di Restoran D'Ayeed
Solat maghrib berjemaah
Pada hadiri mengambil hidangan berbuka puasa
Hidangan secara bufet
Wajah ceria
Menunggu waktu berbuka
Murid gembira
Alhamdulillah





PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2018

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 21 - 23 Mei 2018 di Kelas Permata Hati. Semua murid terlibat dengan peperiksaan tersebut yang meliputi semua matapelajaran.

Peperiksan sedang dijalankan.

Berusaha hingga berjaya

Thursday 17 May 2018

SAMBUTAN HARI GURU SMK BANDAR TENGGARA

Sambutan Hari Guru peringkat SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 mei 2018 dengan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Sambutan diadakan di Dewan Permata dengan semua guru menggayakan tema "Back To School". Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk semua guru ke dewan, sambutan murid-murid, pembacaan perutusan Hari Guru, ucapan perasmian oleh YDP PIBG SMK Bandar Tenggara, ikrar guru, nyanyian lagu Hari guru dan acara memotong kek. Selepas rehat pula, sambutan diteruskan dengan persembahan guru dan pelajar serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan hari guru.

Barisan guru SMK Bandar Tenggara
Barisan guru PPKI SMK Bandar Tenggara
Sebelum perarakan guru
Semua murid dibawa dengan bas sekolah
Baru sampai sekolah
Dewan Permata
Jambangan bunga dari Norashirah
Pn. Hjh Khairani bersama murid-murid PPKI



PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KULAI 2018

Tujuh orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai Pertandingan Petanque Daerah Kulai 2018 yang diadakan di SMK Sultan Alauddin pada 14 Mei 2018. Mereka yang terdiri daripada 4 lelaki dan 3 perempuan telah membentuk 3 pasukan yang mewakili sekolah. Tahniah diucapkan kepada Muhd Zairul Akhbar, Raja Mohd Adnan dan Muhd Fitri AIman yang telah mendapat Naib Johan bagi kategori Lelaki Senior manakala Nurnatasya, Nurain dan Wan Rabiatul Suhada bagi kategori Perempuan Senior. Muhamad Hafizuddin yang bergadung dalam kumpulan lain mendapat tempat ketiga. Semoga terus maju untuk mewakili peringkat Zon Selatan

Bersama hadiah kemenangan masing-masing

PEMILIHAN PESERTA KE KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2018

Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara iaitu Muhammad Haziq B. Hairul telah menyertai pemilihan peserta ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan yang diadakan di SMK Tun Hussin Onn, Kluang bagi acara Lontar Peluru Masalah Penglihatan Lelaki Senior. Program pemilihan yang diadakan pada 14 - 16 Mei 2018 tersebut akan disambung selepas hari raya Aidiilfitri. Tahniah diucapkan.

Muhamad Haziq (kanan) di SMKTHO, Kluang