Tuesday 25 April 2017

HARI KEUSAHAWANAN SMK BANDAR TENGGARA 2017

Sempena Majlis Anugerah Cemerlang, Hari Keusahawanan dan Pertandingan Kawad Kaki SMK Bandar Tenggara 2017, murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut membuat persiapan dan jualan dengan pembukaan gerai D'Dapur Permata. Pelbagai jenis kek dan pastri hasil tangan murid-murid dijual. Turut dijual ialah air cendol bagi melangkapkan jualan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta jualan yang merupakan para pelajar program kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara.

Di hadapan gerai Jualan D'Dapur Permata 
Jualan yang menggalakkan
Sebahagian produk jualan gerai D'Dapur Permata
Petugas gerai yang terlibat

Menghias kek cawan
Membuat kek
Kek Keju
Menghias kek
Red Velvet
Amirul Syafiq membuat kek



PERTANDINGAN MENGHIAS KEK CAWAN KOLEJ YPJ

Pada 14 April 2017 yang lalu, satu pertandingan menghias kek cawan anjuran Kolej YPJ telah diadakan. Tiga orang peserta yang terlibat ialah Noratikah Bt Samat, Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohd dan Muhamad Amirul Syafiq B. Roslan. Dalam pertandingan tersebut, Noratikah Samat telah dinobatkan sebagai johan dan Muhamad Amirul Syafiq mendapat tempat kedua manakala Raja Mohamad Adnan mendapat tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh En. Jamaludin B. Hamzah, Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik) Kolej YPJ Johor.

Peserta bersama hadiah masing-masing
Atikah Menerima hadiah Johan
Muhammad Amirul Syafiq menerima hadiah Naib Johan
Raja Muhamad Adnan menerima hadiah tempat ke 3
Hasil tangan murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara
Atikah bersama hiasan kek cawannya
Amirul Syafiq menunjukkan bakat menghias
Para peserta berusaha bersungguh-sungguh menghias kek masing-masing


Monday 10 April 2017

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2017


Perkhemahan Motivasi Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2017 telah diadakan pada 5 & 6 April di Punggai Bayu Beach Resort, Kota Tinggi. Program ini disertai oleh 32 orang Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara bersama 9 orang guru dan PPM. Sebanyak 7 aktiviti LDK telah diadakan seperti Kem Kraf, Sukan Rakyat, Ikhtiar Hidup, Malam Kebudayaan, Berjalan Malam, Membuat layang-layang dan Running Man. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.

PPKI SMK Bandar Tenggara
Kem Kraf dan Membuat Maskot
Ikhtiar Hidup
Sukan Rakyat @ Tarik Tali
Sukan Rakyat @ Lari dalam guni
Persembahan Karaoke
Senam pagi
Membuat layang-layang
Running Man
Ketua Terbaik & Kumpulan terbaik
Selepas majlis penutup





LAWATAN KE SKBT1 (ETIKA DI MEJA MAKAN)

Pada 30 Mac 2017 lalu, Program Kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengadakan lawatan ke SK Bandar Tenggara 1 untuk melihat tatacara etika di meja makan yang diamalkan di kantin sekolah. Program dikelolakan oleh Pn. Norfatimah Bt A Ghani dan Pn. Siti Khalijah Bt Rahim dengan 14 orang murid. Rombongan lawatan telah disambut oleh GPK Hem dan penyelaras Pendidikan khas.

Bersama murid-murid PPKI SKBT1

Melihat tatacara etika di meja makan
Sambutan tuan rumah
Etika makan di kantin sekolah

Melihat senarai semak 
Perbincangan kumpulan
Melihat etika di meja makan
Cenderamata kepada Pn. Norfatimah
Cenderamata kepada Pn. Siti Khalijah

LATIHAN KAWAD KAKI PENGAKAP (AKTIVITI KOKURIKULUM)

Latihan kawad kaki Pengakap telah dijalankan sebagai aktiviti kokurikulum pada 29 Mac 2017 yang lalu. Latihan dikendalikan oleh En. Mohd Nurul Faishal B. Ab Ghani dan Puan Sahira Haryati Bt Sairi. 

Platun PPKI
Peserta lelaki
Peserta perempuan
Bimbingan En. M.N. Faishal
Komander Platun
Rehatkan diri
Tepuk..tepuk...Pengakap
Arahan komander platun

UJIAN SEGAK PENGGAL 1 TAHUN 2017

Semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalani Ujian Segak Penggal 1 bagi tahun 2017 pada 29 Mac 2017 lalu. Program yang dikendalikan oleh Panitia PJK SMK Bandar Tenggara di bawah kelolaan En. Taufieq B. Aluddin. Ujian ini bertujuan menguji tahap kecergasan murid dijalankan di Dewan Permata. Terdapat 4 ujian yang dijalankan iaitu Turun Naik Bangku, Ringkuk Separa, Tekan Tubi dan Jangkauan Melunjur.

Ujian Ringkuk Separa

Ujian Tekan Tubi
Taklimat ujian oleh En. Taufieq Aluddin
Ujian Jangkauan Melunjur
Ujian Jangkauan Melunjur
Mengisi borang ujian
Ujian Tekan Tubi