Thursday 20 August 2015

PERTANDINGAN MENCANTING BATIK DAERAH KULAIJAYA 2015

Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara, Nor Atikah Bt Samat telah dipilih mewakili sekolah ke Pertandingan Mencanting Batik Daerah Kulaijaya 2015 yang diadakan di SMK Kelapa Sawit pada 13 Ogos 2015 yang lalu. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahinya dengan sekadar penyertaan.






Tuesday 18 August 2015

PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN DAN PENTERNAKAN IKAN KELI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program Kemahiran Hidup Perkebunan dan Penternakan Ikan Keli.














Monday 17 August 2015

MAJLIS DISKUSI PENDIDIKAN KHAS KALI KE 2 / 2015

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Diskusi Pendidikan Khas kali ke 2 / 2015 berserta Sambutan Aidilfitri. Majlis yang diadakan pada 9 Ogos 2015 bertujuan membincangkan RPI dan merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru. Majlis dirasmikan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara diikuti oleh selawat dan jamuan hari raya.





SAMBUTAN HARI JADI BULAN 5, 6, 7 DAN 8 & SAMBUTAN AIDILFITRI

Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi & Sambutan Aidilfitri pada 6 Ogos 2015 yang lalu. Dalam majlis tersebut, semua juadah disediakan di kelas Permata Hati termasuk kek hari jadi.













PROGRAM MARHABAN MERDEKA RAYA 2015

SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Marhaban Merdeka Raya 2015 pada 6 Ogos 2015 yang bertujuan meraikan Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Dalam program tersebut, aktiviti berselawat dan jamuan telah diadakan di antara kelas dan pemarkahan dinilai berdasarkan persembahan selawat dan persediaan hari raya yang disediakan. Kelas Permata Hati turut terbabit dalam program tersebut. Pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Kategori Menengah Rendah  : Tingkatan 3 Baiduri
Kategori Menengah Atas       : Tingkatan 5 MPV
Kategori Pra Universiti          : Pra Universiti Delima












Wednesday 12 August 2015

PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2015

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah menjalankan Program Marhaban Aidilfitri 2015 yang bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan warga PPKI. Program yang bermula pada 26 - 30 Julai 2015 tersebut meliputi beberapa zon iaitu:

a) Felda Inas
b) Felda Pengeli Timur
c) Felda Sungai Sibol
d) Taman Sayong Pinang
e) Taman Anggerik
f) Bandar Tenggara