Thursday 23 November 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan PPKI SMK Bandar Tenggara 2017 telah dijalankan pada 21 November 2017 di Hotel Thistle, Johor Bahru. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Mohd Asrul B. Ahmad, Penyelia Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas PPD Kulai dan Pn, Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini bertujuan meraikan murid yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah selain meraikan murid yang akan menamatkan persekolahan pada tahun ini. Majlis tersebut turut meraikan Majlis Persaraan Pn. Zaharah Bt Mohd Jani dan En. Mohd Yusof B. Mohamed Rahim, Guru PPKI SMK Bandar Tenggara. Turut diadakan sekali ialah sambutan Hari Jadi bagi murid-murid, guru-guru dan PPM bagi bulan Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember.

Bergambar kenangan bersama tetamu undangan

Suasana Dewan Orkid
Sambutan Hari Jadi Bulan 6
Sambutan Hari Jadi Bulan 7
Sambutan Hari Jadi Bulan 8
Sambutan Hari Jadi Bulan 9
Persembahan murid : Nyanyian solo
Meja VIP
Meja murid
Meja hidangan
Pencuci mulut
Berselera
Tambah nasi
Pertandingan masakan
Murid terbaik program Car Wash
Cenderamata pengetua
Murid Graduasi
Persembahan murid : Nasyid
Penyambut tetamu

PERTANDINGAN KARAOKE PENDIDIKAN KHAS 2017

Sebagai sebahagian Program Pasca Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2017, satu pertandingan karaoke Pendidikan Khas telah dijalankan bertujuan mencungkil bakat murid-murid MBK dalam bidang nyanyian. Pertandingan yang dijalankan di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara telah menobatkan Johan kepada Ahmad Kamri B. Mohd Meli. Tempat Kedua, Muhamad Nor Fahis B. Nazarudin manakala Ketiga, Muhd Fakhrul Radzi B. Azmi. Tahniah diucapkan.

Alif Aiman menyampaikan lagunya
Hafiz Sazali
Izzuhana Balqis 
Muhd Nor Fahis
Aiyzat menyampaikan lagu
Izzuhana Balqis 
Aiyzat menyampaikan lagu Senorita
Muhd Zarul Imran menyampaikan lagunya

PERTANDINGAN PERMAINAN DALAMAN PENDIDIKAN KHAS 2017

Pertandingan Permainan Dalaman Pendidikan Khas telah dijalankan pada 16 - 19 November 2017 sebagai pengisian program Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2017. Sebanyak 6 permainan dalaman telah dijalankan iaitu Karom, Congkak, Domino, Dart, IQ Car, Animal Puzzle, Lego, dan Dam Ular. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Johan : Kumpulan 5 (Ketua :Muhd Amirul Syafiq B. Roslan)
Naib Johan : Kumpulan 4 (Ketua : Muhd Zairul Akhbar B. Jamaludin)
Ketiga : Kumpulan 2 (Ketua: Muhd Fitri Aiman B. Muhd Zaidi)

Permainan Animal Puzzle
Dart 
Simple Lego
IQ Car
Congkak
Dam Ular
IQ Car
Animal Puzzle
Karom
Congkak

PERTANDINGAN MASAKAN PENDIDIKAN KHAS 2017 (TEMA : POPIA)

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Masakan berasaskan popia pada 15 November 2017 di Bilik Masakan SMK Bandar Tenggara. Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian dengan dibantu oleh mentor masing-masing yang terdiri daripada guru-guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Kumpulan 9 yang diketuai oleh Muhd Syafiq Haqfis telah muncul menjadi johan, diikuti oleh Naib Johan, Kumpulan 1 (Nor Atikah Samat) dan Ketiga, Kumpulan 2 (Muhd Fitri Aiman). Tahniah diucapkan.

Penyediaan meja hidangan
Kumpulan 3 dan Kumpulan 4
Kumpulan 5 dan Kumpulan 6
Kumpulan 9 dan Kumpulan 10
Kumpulan 7 dan Kumpulan 8
Johan Kumpulan 9
Naib Johan Kumpulan 1
Ketiga Kumpulan 2
Sebahagian hidangan yang telah disiapkan


Tuesday 14 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SMK TAMAN PUTRI

PPKI SMK Taman Putri telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Bandar Tenggara pada 13 November 2017. Program yang diketuai oleh Pn. Eydayu Bt Mohamed, GPK Pendidikan Khas SMK Taman Putri disertai oleh 10 orang guru dan PPM serta 18 orang murid. Semoga lawatan ini dapat merapatkan silaturahim dan membawa kepada kerjasama yang lebih erat.

Sesi fotografi
Ketibaan rombongan lawatan
Bunga pahar mendahului sambutan
Mengalukan ketibaan rombongan
Tetamu mengambil tempat
Faris Airman bertindak sebagai Pengacara majlis
Muhd Aiyzat sebagai pembaca doa
Ucapan Pn. Eydayu Mohamed, GPK Pendidikan Khas SMKTP
Cenderamata dari SMK Bandar Tenggara
Cenderamata dari SMK Taman Putri
Cenderamata dari SMK Taman Putri
Turut dihadiahkan Nutripot lada
Sebahagian murid PPKI SMKTP
Lawatan ke Kawasan Asas Akuakultur
Stor Perkebunan
Penerangan Pn. Khairani Sapawi
Lawatan ke Kebun Jambu Batu
Kawasan Nurseri Permata

Demonstrasi membuat biskut tat
Murid PPKI SMKTP turut mengambil bahagian
Penerangan Pn. Nor Fatimah
Nor Atikah membantu rakan baharu
Demonstrasi murid