Thursday 21 March 2019

LATIHAN KEBAKARAN SMK BANDAR TENGGARA 2019

Unit 3K SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Latihan Kebakaran pada 19 Mac 2019. Murid PPKI turut terlibat dalam latihan berkenaan.
Semua pelajar berhimpun di padang sekolah
Sebahagian pelajar perempuan yang terlibat
Ceria sementara dihitung kedatangan
Mendengar ucapan penyelaras Latihan Kebakaran


Tuesday 19 March 2019

UJIAN S.E.G.A.K 2019

Ujian SEGAK bagi pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 18 Mac 2019. Semua pelajar terlibat sebagai salah satu program inklusif bersama pelajar perdana. Terdapat 5 ujian yang perlu dilalui oleh semua pelajar iaitu
1. Ringkuk separa
2. Tekan tubi
3. Ujian turun naik tangga
4. Jangkauan melunjur
5. Ukuran BMI
Tahniah diucapkan.

Ujian Tekan Tubi
Jangkauan melunjur
Ujian turun naik tangga
Ringkuk separa
Ukuran BMI
Dibantu oleh guru
Pelajar perempuan turut serta
Taklimat oleh Cikgu Faishal




Friday 15 March 2019

KEJAYAAN SPM 2018

Tahniah diucapkan kepada Mohd Danial Noremee atas kejayaan dalam peperiksaan SPM 2018. Beliau yang merupakan calon Murid Berkeperluan Khas lulus di dalam semua matapelajaran yang diambil. Semoga kehidupanmu terus dilimpahi kejayaan. Amin. Tahniah diucapkan.



Sunday 10 March 2019

PEMILIHAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS KULAI 2019

Pemilihan atlet olahraga Pendidikan Khas Kulai ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas negeri Johor telah diadakan pada 10 - 14 Mac 2019 di SMK Sultan Alauddin. Seramai 8 orang atlet Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menyertai pemilihan tersebut. Tahniah kepada atlet yang terpilih.

8 pelajar PPKI yang menyertai pemilihan olahraga 2019
Zairul Akhbar beraksi dalam lontar peluru
Ahmad Kamri melakukan lompat jauh
Wan Rabiatul Suhada melakukan lontaran
Nurain dan Abby Shafira beraksi dalam 100m
Raja Mohamad Adnan memecut dalam acara 100m
Hairul Haziq melakukan lontaran 

Mendengar taklimat jurulatih

Acara rejam lembing

Mendengar taklimat jurulatih

Nur Aishah melakukan lontaran

GOTONG-ROYONG PERDANA SMK BANDAR TENGGARA 2019

Unit 3K SMK Bandar Tenggara dengan kerjasama PIBG SMK Bandar Tenggara dan SWCorp Sdn. Bhd. telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana SMK Bandar Tenggara pada 9 Mac 2019. Objektif utamanya ialah membersihkan kawasan sekolah dan membasmi Aedes. Beberapa kawasan telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk dibersihkan termasuk unit PPKI. Sebelum itu, satu ceramah kesedaran kitar semula telah disampaikan oleh En. Izwani Bin Shuhaimi dari SWCorp Sdn Bhd. Tahniah diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang hadir.

Membersihkan kawasan fertigasi
Ceramah kitar semula oleh pegawai SWCorp Sdn Bhd
Penyampaian cenderamata kepada pegawai SWCorp
Sebahagian pelajar yang hadir
Sebahagian guru yang hadir
Membersihkan kawasan belakang kelas PPKI
Menebang pokok ceri hutan dengan bantuan ibu bapa pelajar
Membersihkan kawasan masuk ke kebun Permata Hati
Tanah hitam untuk tanaman
Membersihkan kawasan stor perkebunan