Thursday 31 January 2019

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW SMK BANDAR TENGGARA 2019

Majlis Sambutan Maulidurasul SAW peringkat SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 30 Januari 2019 di Dewan Permata. Majlis dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh semua warga sekolah. Seterusnya bacaan ayat suci al-Quran dan selawat diperdengarkan. Majlis kemuncak sambutan ialah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohammad Afdhaluddin B. Ismail, Pengetua Madrasah Tahfiz Al- Jauhar, Kota Tinggi. Pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam majlis tersebut.

Pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut menyeriitai perarakan
Persediaan perarakan
Kontinjen perempuan

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

Memulakan majlis dengan selawat

Perarakan diketuai oleh pelajar pra Universiti

Suasana di dalam Dewan Permata

Selawat yang diketuai oleh Imam Muda

Penceramah jemputan


Barisan guru dan PPM PPKI 

Memulakan langkah

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 27, 2019

Kejohanan Olahraga SMK Bandar Tenggara kali ke 27, tahun 2019 telah diadakan pada 27 dan 28 Januari 2019 di Stadium Tenggara. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dan menyumbang pingat bagi rumah sukan masing-masing. Bagi edisi kali ini, rumah Kasturi telah muncul johan bagi kali ke 3 berturut-turut. Tahniah diucapkan.

Bergambar kenangan bersama pingat kemenangan
Acara 400m Lelaki PK
Acara Lontar Peluru Perempuan PK
Acara Lontar Peluru Perempuan PK
Penyampaian hadiah
Acara relay 4 x 400m Lelaki PK
Acara Lontar Peluru Lelaki PK
Acara 400m Perempuan PK
Penyampaian hadiah
Baton terakhir
Pingat acara 400m Lelaki PK
Lontaran emas Peluru Lelaki PK

Sunday 27 January 2019

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2019

Program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 23 Januari 2018. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada 38 murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa

Penyerahan kepada ibu pelajar
Penyerahan kepada Nor Atikah Jalil
Mengisi borang penyerahan BAP


Penyerahan kepada Adly Muayyad

Penyerahan kepada bapa pelajar

Penyerahan kepada Muhammad Hazmi

Penyerahan kepada Nurul Asyikin

Murid mengisi borang penyerahan BAP

Wednesday 23 January 2019

MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM, SUKAN PERMAINAN DAN KELAB PERMAINAN 2019

Mesyuarat Agung Badan Beruniform, Sukan Permainan dan Kelab Persatuan SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 23 Januari 2019 mengikut tempat dan masa yang ditetapkan. Semua pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam mesyuarat agung tersebut sebagai salah satu program inklusif. Pelajar PPKI terlibat dalam mesyuarat agung Pengakap, Sukan Permainan Bola Sepak, Petanque, Badminton dan Permainan Dalaman serta Mesyuarat Agung Permata Hati. Ada antara mereka turut dilantik sebagai AJK mewakili Pendidikan Khas. Tahniah

Mesyuarat Agung kelab Kembara Permata Hati
Pemilihan AJK Kelab
Mesyuarat Agung Kelab Bola Sepak
Mesyuarat Agung Petanque
Mesyuarat Agung Badminton
Sebahagian pelajar PPKI yang terlibat dalam mesyuarat
Mesyuarat Agung Permainan dalaman
Mesyuarat Pengakap
Sebahagian pelajar perempuan PPKI
Perhimpunan Kokurikulum 

Saturday 19 January 2019

SUKANTARA SMK BANDAR TENGGARA 2019

Sukantara SMK Bandar Tenggara 2019 telah dijalankan pada 16 & 17 Januari 2019 bertempat di Padang SMK Bandar Tenggara dan Stadium Tenggara melibatkan 3 acara iaitu 100m, 400m, dan Lontar Peluru. Semua murid PPKI turut terlibat dalam sukantara tersebut mengikut rumah sukan masing-masing. Mata yang dikumpulkan akan membantu rumah sukan masing-masing merebut kejuaraan sukantara peringkat sekolah. Keputusan kejuaraan akan diumumkan pada Hari Penyampaian Hadiah nanti. Tahniah
Lontaran rumah Lekir
Knorezani membuat lontaran
Padang 2
Lontaran rumah Jebat
Kategori perempuan Rumah Kasturi
Acara 400m Perempuan PK
Acara 400m Lelaki PK
Garisan permulaan acara 100m Perempuan PK
Larian pelajar lelaki Kasturi
Bersedia di garis permulaan