Sunday 30 December 2012

KEJAYAAN PARALIMPIAD MALAYSIA PAHANG 2012

Pada 7- 14 Disember 2012 yang lalu, seramai 3 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mewakili negeri Johor ke Sukan Paralimpiad Pahang 2012 dalam 3 acara. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga murid tersebut kerana telah mencatatkan kejayaan yang sangat membanggakan.

SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA, PAHANG 2012.
Tarikh: 9 Disember 2012
Tempat: Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang

Nama: Baherathe a/p Raja
Acara: 4x400 m Perempuan ID
Kejayaan: Pingat Emas.

Nama: Khairul Faris B. Abd Jalil
Acara: Futsal ID
Kejayaan : Pingat Perak

Nama: Abdul Latif B. Jalil
Acara: Bowling
Kejayaan: Pingat Perak.



Saturday 29 December 2012

TAKWIM AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2013



  1. 24 Dis 2012 - Mesyuarat Guru Bil 1/2013
  2. 25 Dis 2012 - Cuti AM Hari Krismas
  3. 26 Dis 2012 -
    • Mesyuarat Majlis Kurikulum 1/2013
    • Mesyuarat Panitia Bil 1/2013
    • Mesyuarat Pengurusan Tingkatan 6 Bil 1/2013
  4. 27 Dis 2012 -
    • Mesyuarat Majlis HEM Bil 1/2013
    • Mesyuarat Guru Tingkatan Bil 1/2013
  5. 28 Dis 2012 - Mesyuarat Majlis Kokurikulum Bil 1/2013
  6. 31 Dis 2012 - Pendaftaran Murid Tingkatan 1
  7. 1 Jan 2013 - Hari Keceriaan
  8. 2 Han 2013 - Hari Pertama Persekolahan 2013

Wednesday 21 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H


PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR (AGOONOOREE) 2012

Agoonooree atau Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Negeri Johor 2012 telah dijalankan pada 4 -7 November 2012 di Kem Sekakap, Mersing. Perkhemahan yang merangkumi 10 daerah dalam negeri Johor telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yaakob B. Ibrahim selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut seperti:
1. Flying fox
2. Merempuh halangan
3. Merentas hutan
4. Menyusuri pantai
5. Angklong
6. Istana pasir
7. Petanque
8. Sudoku
9. jigsaw puzzle
10. Tarian

selain itu terdapat juga aktiviti senggang yang disediakan seperti
1. Tali temali
2. Giant jigsaw puzzle

Seramai 6 orang murid dan 2 guru Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam agoonooree ini iaitu
1. Muhd Fairuz b. Haron
2. Muhd Faiz B. Othman
3. Muhd Samsuri B. Mohamadiyah
4. Muhd Fariez B. Kamaruddin
5. Sasitheran A/L Silvam
6. Khairulhazizi B. Ahmad

- En. Mohd Hassry b. Mustakim
- Cik Intan Natasha bt Abu Bakar

Secara keseluruhan, agoonooree ini telah berjalan dengan baik dan kontinjen Kulaijaya telah menunjukkan satu semangat yang tinggi sepanjang perkhemahan tersebut.















MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara dan Jamuan Akhir Tahun 2012 telah diadakan pada 29 Oktober 2012 yang lalu di Lotus Desaru. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Ruhaizad B. Mohd Reduan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut sebanyak 17 anugerah telah di sampaikan iaitu:

1. Anugerak Kecemerlangan Akademik (Tempat Pertama)
 - Muhamamd Fithri B. Safie

2. Anugerah Kecemerlangan Akademik (kedua)
- Muhammad Fikhri B. Safie

3. Anugerah Kecemerlangan Akademik (Ketiga)
- Muhamad Fairuz B. Haron

4. Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Melayu
- Muhd Nurhazman B. Lokman

5. Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Inggeris
- Muhd Fithri B. Safie

6. Anugerah Matapelajaran Terbaik Matematik
- Muhd Ilham B. Azman

7. Anugerah Matapelajaran Terbaik Sains
- Muhd Nurhazman B. Lokman

8. Anugerah Matapelajaran Terbaik Pendidikan Islam
- Muhd Nur B. Zakaria

9. Anugerah Matapelajaran Terbaik Kemahiran Hidup
- Muhd Fairuz B. Haron

10. Anugerah Matapelajaran Terbaik Multimedia
- Muhd Alif B. Abdullah

11. Anugerah Matapelajaran Terbaik Pendidikan Seni
- Muhd Hadham B. Sahid

12. Anugerah Sahsiah Terbaik
- Khairul Faris B. Jalil

13. Anugerah Kedatangan Terbaik
- Nur Afiqah Bt AHmad

14. Anugerah Transisi Masakan
- Norazila Bt Nordin

15. Anugerah Tokoh Murid 2012
- Abdul Latif B. Jalil

16. Pertandingan Masakan Permata Hati 2012
- Muhd Fairuz B. Haron

17. Pertandingan Permainan Dalaman
- Kumpulan 4










Tuesday 20 November 2012

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2012

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2012 telah diadakan pada 1 November 2012 di Dewan Semesta, SMK Sultan Alauddin. Seramai 63 orang murid telah bergraduasi termasuk 8 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu:

1. Muhamad Rasid B. Zainuddin
2. Muhamad Hafis B. Rosli
3. Abdul Aziz B. Mohd Haithir
4. Muhd FazrulZaman B. Rosli
5. Muhd Khairi Zikri B. Abd Halim
6. Muhd Shahrul Razif B. Mustaffa
7. Shimma Ammera Adora Bt Md Nor
8. Nur Afiqah Bt Ahmad

Dalam majlis tersebut dua orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dianugerahkan Tokoh Murid Pendidikan Khas kategori Lelaki dan perempuan di atas kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum iaitu:

1. Abdul Latif B. Jalil (kategori Lelaki)
2. Norazila Bt Nordin (kategori Perempuan)





PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2012 SUKSES

Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya diadakan pada 16 - 17 Oktober 2012 di Gunung Lambak Resort. Seramai 40 orang murid Permata Hati dan semua guru serta PPM telah terlibat dalam perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut seperti
1. Dinamika kumpulan
2. Ikhtiar hidup
3. Merentas hutan
4. Persembahan kebudayaan
5. Pertunjukan fesyen
6. Malaysia cergas
7. Explorace
8. Mandi

Perkhemahan ini berjaya membentuk jatidiri dan keyakinan kepada semua peserta yang terlibat.









SMK BANDAR TENGGARA JOHAN PERTANDINGAN PETANQUE PIALA PENGETUA SMK TAMAN PUTRI

Pasukan petanque SMK Bandar Tenggara telah menjadi johan dalam Pertandingan Petanque Piala Pengetua SMK Taman Putri yang telah diadakan pada 19 September 2012 yang lalu di Gelanggang Petanque SMK Taman Putri. Pasukan yang diwakili oleh Abdul Latif B. Jalil, Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin dan Mohd Faiz B. Othman telah menjadi johan untuk semua kategori sekaligus memenangi kejohanan yang julung-julung kali diadakan tersebut dan telah membawa pulang piala pusingan dan pingat.





ABDUL LATIF JOHAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAANN 2012

Seorang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya mencatat sejarah sebagai johan pertandingan bowling Pendidikan Khas kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Kejayaan tersebut telah menobatkan negeri Johor sebagai Johan Keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang berlangsung serentak dengan Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan pada 13 hingga 18 September 2012 itu turut melibatkan pertandingan futsal yang turut disertai oleh seorang lagi murid pendidikan khas SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Faris B. Abd Jalil. Beliau berjaya mendapat naib johan bagi pertandingan futsal berkenaan.








Wednesday 10 October 2012

JAMUAN AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS

Pada 13 September 2012 yang lalu, Unit Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Jamuan Aidilfitri Pendidikan Khas yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Pendidikan Khas dengan pihak luar terutamanya pihak pentadbir, guru-guru aliran perdana, kakitangan pejabat, pekerja swasta dan pengajar-pengajar GiatMara Bandar Tenggara. Semua pihak yang berkenaan telah dijemput hadir dan majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Selain itu, majlis ini juga dirancang bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang budaya bermasyarakat dan persediaan sesebuah majlis.

Tuesday 9 October 2012

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2012

Murid SMK Bandar Tenggara telah mewakili Daerah Kulaijaya dalam pertandingan futsal pendidikan khas negeri Johor yang telah diadakan pada 3 dan 4 September 2012 di Kota Tinggi. Murid-murid tersebut ialah Khairul Hazizi b. Ahmad, Muhamamd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi bagi kategori Junior manakala Khairul Faris B. Jalil bagi kategori Senior. Dalam Pertandingan tersebut, pasukan Junior telah berjaya mendapat tempat ke 3 manakala pasukan Senior hanya mampu menjadi naib juara kumpulan.






KEJOHANAN SPECIAL OLYMPIC NEGERI JOHOR 2012

SMK Bandar Tenggara telah menghantar wakil dalam Kejohanan Special Olympic Negeri Johor 2012 yang telah diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru. Seramai 4 orang murid telah terpilih mewakili daerah Kota Tinggi dalam 5 acara iaitu 100m, 200m, 4x100m, Lompat Berdiri dan Futsal. Semua peserta telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam semua acara yang disertai iaitu Muhammad Fikhri, Muhammad Fitri, Mohamad Samsuri dan Abd Latif (Emas 4x100m), Abd Latif dan Samsuri (Emas Futsal) dan Norazila Bt Nordin (ketiga 200m).