Tuesday 2 May 2017

PROGRAM DHUHA PERDANA SMK BANDAR TENGGARA 2017

Pada pagi 30 April 2017 yang lalu telah diadakan program Solat Dhuha Perdana kepada murid Tingkatan 1, 2 dan Pendidikan Khas di Surau SMK Bandar Tenggara. Program yang dianjurkan oleh unit Dakwah SMK Bandar Tenggara bertujuan menyemai minat dan kesedaran tentang kepentingan solat Dhuha di kalangan murid-murid untuk mencapai kejayaan. En. Mohd Nurul Faishal telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program tersebut selaku imam. Setelah selesai bersolat Dhuha, semua murid teah diberikan tazkirah tentang kepentingan solat Dhuha.

Solat Dhuha berjemaah

Tazkirah oleh En. Mohd Nurul Faishal
Sebahagian murid yang turut serta



DEMONSTRASI MI TARIK

Murid-murid Kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara telah dibawa melihat demonstrasi membuat mi tarik di pasaraya Aeon Mall Kulai pada 30 April 2017 lalu. Mereka turut diberi peluang merasai keenakan mi tarik yang dihasilkan sendiri oleh chef bertugas. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan teknik menikmati makanan dengan menggunakan chopstick. 

Melihat demonstrasi mi tarik
Menikmati hidangan yang disediakan
Chef bertugas
Menikmati hidangan mi yang disediakan

KURSUS PEMBUATAN ROTI 2017

Kelas Kulinari PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Pembuatan Roti pada 30 April 2017 lalu di SMK Kulai Besar. Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Roshasma B. Mahtar telah disertai oleh 14 orang murid kulinari dan 3 orang guru. Pelbagai jenis roti telah dihasilkan dalam kursus tersebut. Semoga kursus tersebut memberi manafaat kepada semua.

Membentuk doh
Mencanai doh
Mengadun doh
Proses penyediaan roti
Tunjuk ajar penceramah
Roti sosej
Kursus yang menyeronokkan
Ucapan Pengetua SMK Kulai Besar
Pelbagai jenis roti


KURSUS PENJAGAAN TANAMAN POKOK JAMBU BATU 2017

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Kursus Penjagaan Tanaman Jambu Batu pada 27 April 2017 di Kebun Permata Hati. Kursus disampaikan oleh En. Sahira Helmy B. Sairi, seorang pengusaha tanaman jambu batu yang berjaya. Kursus disertai oleh semua murid, guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Pelbagai teknik penjagaan tanaman jambu batu diperkenalkan kepada semua peserta seperti perangkap lalat buah, memangkas dahan, menyampul buah, membaja buah dan meracun kulat. Turut diajarkan ialah kaedah penggredan buah dan kaedah "tut" dahan pokok. Semoga kursus yang diberikan memberikan manafaat kepada semua.

Bergambar kenangan bersama penceramah
Penggredan buah jambu
Penerangan racun serangga dan perangkap lalat
Memangkas dahan jambu
Broning
Kaedah tut dahan
Amali "Tut" dahan
Membalut buah muda
Penyampaian cenderamata kepada penceramah

MINGGU STEM 2017

Minggu Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) SMK Bandar Tenggara telah berlangsung meriah pada 23 - 27 April yang lalu. Pelbagai program menarik telah disediakan dan disertai oleh semua murid termasuk murid PPKI SMK Bandar Tenggara. Majlis pelancaran Minggu STEM telah disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam kuiz Sains dan UGIQ Matematik selain melihat pameran sains yang disediakan.
Model Van De Graaf
Model Jambatan
Kandungan Vitamin C
Anatomi katak
Kuiz Sains
Program "Teacher, please help us"
Pameran jambatan
Recycle Car
Model resapan
UGIQ Matematik

PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT"

PPKI SMK Bandar Tenggara turut menyahut kempen "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 25 April 2017 yang lalu. Program yang dijalankan serentak diseluruh negara selama 10 minit ini disertai oleh semua murid, guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara bermula jam 11 pagi. Para guru yang sedang menjalankan PdPc telah memberhentikan proses pembelajaran bagi memberi laluan kepada program tersebut selama 10 minit.

Kelas PK Tingkatan 1 sedang mengikuti program di dapur
Kelas PK Intan sedang mengikuti program di kelas
Kelas PK Delima 
Kelas PK Baiduri
Kelas PK Mutiara