Sunday 13 August 2017

UJIAN S.E.G.A.K PENGGAL KEDUA 2017

Ujian SEGAK Penggal Kedua SMK Bandar Tenggara 2017 dijalankan pada 7 Ogos 2017 di Dewan Permata. Ujian ini turut melibatkan semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara bagi menilai tahap kecergasan murid. Terdapat 5 ujian yang perlu dijalani oleh murid-murid iaitu
1. Timbangan BMI
2. Naik turun Bangku
3. Tekan tubi
4. Ringkuk separa
5. Jangkauan melunjur

Semua murid PPKI sedang menunggu giliran
Aktiviti Naik Turun Bangku
Timbangan BMI
Ringkuk Separa
BMI murid perempuan
Tekan tubi
Jangkauan melunjur

PROGRAM TERAPI CARA KERJA DAN PdPc PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA DI LEGOLAND 2017

Program Terapi Cara Kerja dan PdPc Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara ke Legoland 2017 telah adakan pada 3 Ogos 2017. Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan terapi kepada murid-murid agar lebih berani dan memahami prosedur kerja dalam cara yang menyeronokkan. Program disertai oleh 31 orang murid dan 10  orang guru dan PPM bermula jam 10 pagi dan tamat kira-kira jam 5 petang. Semoga semua murid mendapat manafaat dari program yang dianjurkan.


Bergambar kenangan di hadapan Hotel Legoland
Suasana riang
Jamuan Makan tengahari
Menaiki Project X
Menaiki Power Tower
Di hadapan NinjaGo
Di hadapan Lost Kingdom Advanture
Di dalam Observation Tower
Menyahut cabaran Lost Kingdom Advanture
Di hadapan Miniland KLCC
Menaiki Dragon Apprentice 
Bergambar bersama maskot
Menaiki Merlin Challenge
Di hadapan Aquazone
Di hadapan Star Wars Miniland
Di hadapan Project X
Menaiki Beetle Bounce
Di hadapan Gerbang Legoland Waterpark
Di dalam Legoland Waterpark
Menyahut cabaran terapi air

SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FESTIVAL 2017

Kira-kira 20 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam Program Southern International Scout Festival (SISF) yang diadakan di SMK Dato Penggawa Barat, Pontian pada 22 Julai 2017 lalu. Program yang menghimpunkan 5000 peserta dari seluruh negara termasuk peserta jemputan Pengakap Singapura dan Indonesia. Pelbagai pameran, persembahan, pertandingan dan aktiviti disediakan oleh pihak penganjur. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

Barisan peserta SMK Bandar Tenggara
Di gerai Makanan Tradisional
Bersama ahli Pengakap Laut
Di gerai Pengakap Udara
Bersama peserta pengakap Indonesia
Menjalankan aktiviti tayamum
Di gerai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Menyediakan manisan bugis
Aktiviti congkak
Bersama maskot program
Aktiviti lastik getah

PROGRAM INDUKSI SUBJEK KSSM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN KHAS JOHOR 2017

Seramai 3 orang guru PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Induksi Subjek KSSM Tingkatan 2 Pendidikan Khas Johor pada 3 Julai 2017 di PPD Kulai. Program tersebut dihadiri oleh En. Mohd Hassry Bin Mustakim, Pn. Khairani Binti Sapawi dan Pn. Siti Khalijah Binti Rahim. Program tersebut menerangkan kesemua subjek yang akan diajarkan pada tahun 2018 bagi Tingkatan 2 Pendidikan Khas. GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, Pn. Hjh Khairani Binti Hamdan turut bertugas sebagai JU Pendidikan Islam dalam kursus tersebut. Semoga penerangan yang diberikan akan memberi manafaat kepada semua murid untuk terus cemerlang.

Ceramah yang disampaikan oleh Pn. Hjh Khairani Hamdan
Bersama rakan sekumpulan untuk LDP



Thursday 10 August 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK BANDAR TENGGARA 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Bandar Tenggara 2017 telah diadakan pada 20 Julai 2017 di Dewan Permata. Majlis ni memberi peluang kepada semua murid dan guru meraikan aidilfitri secara bersama-sama. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Zaharah Binti Mohd Jani dan berselawat atas nabi Muhammad Junjungan mulia. Seterusnya jamuan hari raya diadakan bagi setiap kelas dengan konsep gerai. Majlis diakhiri dengan pengumuman pemenang pertandingan gerai tercantik.

Wednesday 9 August 2017

MAJLIS PERPISAHAN PN. SUHAILAH BINTI SUKIERMAN

Pn. Suhailah Binti Sukierman, PPM Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah dipindahkan ke SK Bandar Tenggara 1 berkuatkuasa pada 3 Julai 2017 yang lalu. Oleh yang demikian, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau sepanjang 9 tahun berkhidmat sebagai PPM di SMK Bandar Tenggara. Majlis yang diadakan di Bilik Seminar tersebut turut diraikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara dan ibu bapa.

Acara memotong kek perpisahan
Penyampaian cenderamata oleh En. Mohd Hassry
Penyampaian cenderamata oleh GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani 
Penyampaian cenderamata oleh Pn. Nor Fatimah
Penyampaian cenderamata oleh Ahmad Kamri mewakili murid-murid PPKI


Tuesday 8 August 2017

MAJLIS DISKUSI PENDIDIKAN KHAS DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Program Majlis Diskusi Pendidikan Khas dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah diadakan pada 16 Julai 2017 di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara. Program ini bertujuan membincangkan hala tuju pembelajaran murid-murid PPKI menerusi RPI yang disediakan. Selain itu, ia juga menjadi platform kepada ibu bapa dan guru-guru membincangkan masalah dan perkembangan murid-murid. Majlis turut diserikan dengan selawat dan jamuan hari raya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Zaharah Binti Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut disampaikan hadiah keputusan cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas 2017. Tahniah diucapkan

Sebahagian Ibubapa yang hadir
Pendaftaran Ibu bapa
Penerima hadiah kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Diskusi Kelas PK Mutiara
Diskusi Kelas PK Baiduri
Diskusi Kelas PK Delima
Berselawat atas Nabi
Ibu bapa mengambil juadah
Giliran murid-murid mengambil hidangan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri