Saturday 25 May 2013

PERTANDINGAN PETANQ PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2013

Pertandingan Petanq Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 telah diadakan pada 21 - 22 Mei 2013 di SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pertandingan tersebut melibatkan 8 kategori iaitu:
1. BP Lelaki Terbuka
2. BP Perempuan Terbuka
3. BD Lelaki Terbuka
4. BD Perempuan Terbuka
5. CP Lelaki Terbuka
6. CP Perempuan Terbuka
7. DS Lelaki Terbuka
8, DS Perempuan Terbuka.

Daerah Kulaijaya telah menghantar 12 peserta dalam pertandingan tersebut untuk semua kategori termasuk 2 peserta dari SMK Bandar Tenggara iaitu:

1. Abdul Latif B. Jalil (BP Lelaki Terbuka)
2. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (BP Perempuan Terbuka)

Dalam pertandingan tersebut Daerah Kulaijaya turut cemerlang dengan kejayaan tempat ke 2 menerusi:

1. Johan BP Perempuan Terbuka (Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin)
2. Naib Johan BD Lelaki Terbuka (Muhammad Fadhil Al Hafiz B. Deraman)
3. Ketiga BP Lelaki Terbuka (Abdul Latif B. Jalil)
4. Keempat BD Perempuan Terbuka (Nuur Fazdila Bt Shamsudin)
5. Keempat BP Perempuan Terbuka (Nur Syuhada Bt Abdullah)











KULAIJAYA JOHAN KESELURUHAN FUTSAL & BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2013

Daerah Kulaijaya telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Pertandingan Futsal & Bola Jaring Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 yang telah diadakan di Indahpura Sport City pada 20 Mei 2013 yang lalu. Pertandingan yang disertai oleh 10 daerah dalam negeri Johor itu menyaksikan Daerah Kulaijaya berjaya mencatat kejayaan Johan Keseluruhan setelah memenangi pertandingan berikut:

1. Johan Futsal BP Terbuka
2. Johan Futsal BD Terbuka
3. Naib Johan Bola Jaring BP Terbuka
4. Naib Johan Bola Jaring BD Terbuka

Daerah Kulaijaya turut menerima pemain terbaik kejohanan melalui:

1. Azlan B. Adnan (BP Terbuka)
2. Muhammad Fadhil Al Hafiz B. Deraman (BD Terbuka)

Tiga orang pemain SMK Bandar Tenggara turut mewakili daerah Kulaijaya seterusnya menyumbang kepada kejayaan tersebut iaitu:

1. Khairul Faris B. ABd Jalil
2. Abdul Latif B. Jalil
3. KhairulHazizi B. Ahmad








Sunday 19 May 2013

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

Pertandingan Tenpin Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2013 telah berlangsung pada 14 Mei 2013 yang lalu di Daiman Bowl, Johor Jaya. Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menghantar peserta dan memperoleh kejayaan seperti berikut:

Peserta Lelaki:
1. Abdul Latif B. Jalil (Tempat Kedua LM)
2. Muhamad Nur B. Zakaria (Tempat Ketiga LM)
3. Khairul Faris B. Jalil (Tempat Keempat LM)

Peserta Perempuan:
1. Norazila Bt Nordin (Tempat Kelima PM)
2. Shima Ammera Adora Bt Md Nur (Tempat Keenam PM)
3. Zahra Nordika Bt Feaizal (Tempat Ke 11 PM)

Peserta CP:
1. Muhammad Zarul Imran B. Zainuddin (Tempat Kedua CP)

Dalam pertandingan tersebut, pasukan lelaki SMK Bandar Tenggara telah Johan Keseluruahan Lelaki Sekolah Menengah manakala peserta perempuan mendapat tempat ketiga Keseluruhan Perempuan Sekolah Menengah.











KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2013

Empat atlet Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah terpilih mewakili Daerah Kulaijaya dalam Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Johor 2013 yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Ledang pada 8 -10 Mei 2013 yang lalu. Mereka ialah:
1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Rejam Lembing / Lempar Cakera / Lontar Peluru) BP Senior
2. Muhammad Azrul B. Azhar (Lompat Jauh / 200m) BP Senior
3. Muhammad Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi (100m / 200m / Lompat Jauh / 4x100m) BP Junior
4. Muhamad Nur Ikhmal B. Rahim (Lontar Peluru) BP Junior

Daerah Kulaijaya telah berjaya mengungguli 10 Emas, 13 Perak dan 11 Gangsa sekaligus menduduki tempat keempat keseluruhan. Berikut adalah kedudukan pingat keseluruhan:
1. Johor Bahru (26 Emas, 16 Perak, 12 Gangsa)
2. Batu Pahat (12 Emas, 23 Perak, 16 Gangsa)
3. Muar (11 Emas, 10 Perak, 9 Gangsa)
4. Kulaijaya (10 Emas, 13 Perak, 11 Gangsa)
5. Segamat (9 Emas, 14 Perak, 4 Gangsa)
6. Pontian (8 Emas, 3 Perak, 7 Gangsa)
7. Kota Tinggi (8 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa)
8. Mersing (4 Emas, 2 Perak, 2 Gangsa)
9. Pasir Gudang (4 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa)
10. Kluang (2 Emas, 4 Perak, 6 Gangsa)

Atlet Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut menyumbang pingat untuk Daerah Kulaijaya melalui Khairul Faris B. Abd Jalil yang menyumbang emas untuk acara rejam lembing BP Lelaki Senior.










PERTANDINGAN PETANQ PENDIDIKAN KHAS PIALA PENGETUA SMK TAMAN PUTRI: SMKBT JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2013

Pertandingan Petanq Piala Pengetua SMK Taman Putri telah diadakan pada 25 April 2013 yang lalu di Gelanggang Petanq SMK Taman Putri. Pertandingan yang diadakan itu bertujuan untuk memilih wakil daerah ke Kejohanan Petanq Negeri Johor yang akan diadakan pada 21 -22 Mei 2013 nanti. SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh Abdul Latif B. Jalil (BP Lelaki) , Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (BP Perempuan) dan Muhd Zarul Imran B. Zainuddin (CP Terbuka) telah menjuarai semua kategori sekaligus menjadi Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya 2013.