Wednesday 28 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BANDAR TENGGARA 2015

Majlis Sukan Sekolah SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa 2015 yang turut disertai oleh murid-murid Pendidikan Khas yang mewakili rumah sukan masing-masing. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Januari 2015 telah melalui laluan yang ditetapkan sekitar Bandar Tenggara. Pertandingan adalah melibatkan empat rumah sukan iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori Pendidikan Khas:

Lelaki Pendidikan Khas:
1. Muhd Izat haiqal B. Muhd Zaidi (Tuah)
2. Raja Mohamad Adnan B. Raja Noor Mohamad (Kasturi)
3. Mohamad Haziq B. Abdul Rahim (Kasturi)

Perempuan Pendidikan Khas:
1. Nor Atikah Bt Samat (Tuah)
2. Nur Natasha Bt Mohd Aris (Jebat)
3. Nurul Asyikin Bt Roslan (Jenat)















Sunday 25 January 2015

HARI DISKUSI & MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN KHAS SMKBT 2015

Majlis Hari Diskusi dan Mesyuarat Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2015 telah berlangsung pada 25 Januari 2015 di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara. Majlis dihadiri oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT, En. Md Yunus B. Ramlan. Dalam majlis tersebut, taklimat berkenaan aktiviti dan pengurusan 2015 telah disampaikan oleh Pn. Hajah Khairani Bt Hamdan, Pemangku GPK Pendidikan Khas SMKBT selain pemilihan ahli jawatankuasa baharu sesi 2015 dan perbincangan RPI dengan ibu bapa murid. Semoga majlis yang dijalankan ini beroleh rahmat dan memberi manfaat kepada murid.

















Thursday 22 January 2015

TUAIAN HASIL TERNAKAN IKAN KELI 2015

Program ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah membuahkan hasil. Program yang dikelolakan oleh En. Khairul Aime B. Mohd Termizi melibatkan semua murid. Hasil ternakan dipasarkan kepada Warga SMK Bandar Tenggara.













Wednesday 21 January 2015

MESYUARAT AGUNG PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMKBT 2015

Pada 21 Januari 2015 yang lalu, Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum 2015. Mesyuarat telah dikendalikan oleh En. Khairul Aime B. Mohd Termizi dan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi. Dalam mesyuarat tersebut Ahli Jawatankuasa Pengakap Pendidikan Khas bagi sesi 2015 telah dilantik. Pada perjumpaan pertama ini, ahli-ahli Pengakap turut didedahkan dengan asas kawad dan penulisan buku log.










Friday 16 January 2015

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2015

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMK Bandar Tenggara 2015 telah dijalankan pada 14 Januari 2015 yang lalu. Mesyuarat telah dijalankan dengan bantuan guru penasihat masing-masing mengikut rumah masing-masing di lokasi-lokasi berikut:
- Lekir (Kantin)
- Kasturi (Dewan)
- Jebat (Dewan)
- Tuah (Surau)

Murid-murid Pendidikan Khas turut serta dalam mesyuarat tersebut sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum pendidikan khas.








Thursday 15 January 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2015

Pada 13 Januari 2015 yang lalu, semua murid SMK Bandar Tenggara termasuk semua murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) telah menerima Bantuan Persekolahan 1 Malaysia berjumlah RM100. Bantuan bagi murid-murid Pendidikan Khas telah diterima oleh ibu bapa masing-masing bermula jam 1 petang dan disampaikan oleh guru-guru kelas masing-masing.