Sunday 26 May 2019

MAJLIS PERSARAAN EN. MD SAHFUDIN HUSSIN, PN. HASNAH KASNAN DAN EN. MUSTAFFA YUNUS

Tarikh 23 Mei 2019 telah menyaksikan persaraan 3 orang guru SMK Bandar Tenggara iaitu En. Md Sahfudin Hussin (GPK Kokurikulum), Pn. Hasnah Kasnan (GKMP Sains Sosial dan Kemanusiaan) dan En. Mustaffa Yunus (Guru Tingkatan 6). Majlis persaraan telah diadakan di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Selamat bersara YB.

YB yang diraikan
Suasana dalam Dewan Permata
Bacaan doa persaraan
Penyampaian cenderamata dari GPK Pendidikan Khas

Penyampaian cenderamata dari wakil Pelajar PPKI


Penyampaian cenderamata kepada En. Mustafa
Penyampaian cenderamata kepada Pn. Hjh Hasnah
Penyampaian cenderamata kepada En. Md Sahfudin


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN GEMA SYAWAL SMK BANDAR TENGGARA 2019

SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Majlis Khatam Al Quran dan Gema Syawal pada 23 Mei 2019 di Dewan Permata. Semua murid telah terlibat dalam program tersebut. Objektif utama program ini ialah menyemarakkan penghayatan al Quran dan menyemai semangat belas ehsan di kalangan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan Khatam Al Quran dan diikuti dengan program Gema Syawal. Program Gema Syawal memberi sumbangan kepada warga sekolah yang memerlukan terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam program tersebut dan turut menerima sumbangan. Sumbangan turut diberikan kepada staf pembersihan sekolah dan pengawal keselamatan. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara guru dan murid SMK Bandar Tenggara.

Majlis Khatam AlQuran
Penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan
Penyampaian sumbangan kepada staf pembersihan sekolah
Penyampaian sumbangan kepada pengawal keselamatan sekolah
Bermaaf-maafan sebelum pulang bercuti
Pelajar perempuan bersalaman dengan guru perempuan
Puan Pengetua bersalaman dengan palajar


PROGRAM IHYA RAMADAN SMK BANDAR TENGGARA 2019

Program Ihya Ramadan SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 22 Mei 2019 meliputi beberapa program. Program anjuran MAKDIS SMK Bandar Tenggara meliputi beberapa acara iaitu tadarus alQuran, pertandingan azan, pertandingan hafazan dan kuiz agama Islam. Pelajar PPKI turut serta dalam program tersebut dan berjaya mendapat kejayaan dalam beberapa acara iaitu,
1. Naib Johan Azan (Muhamad Haziq Hairul)
2. Naib Johan Hafazan Lelaki (Muhamad Aiyzat Othman)
3. Ketiga Hafazan Lelaki (Muhamad Haziq Hairul)
4. Anugerah Khas Azan (Muhamad Hazmi Zainal)
Tahniah diucapkan.

Pemenang pertandingan sempena Program Ihya Ramadan 2019
Majlis Tadarus Al Quran di Dewan Permata
Naib Johan Pertandingan Azan
Haziq sedang beraksi
Hazmi dengan aksinya
Penerima Anugerah Khas Azan 
Para hakim yang bijaksana
Aqaffi sedang mengalunkan azan
Naib Johan Hafazan Lelaki


Wednesday 22 May 2019

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2019

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 13 - 15 Mei 2019 di Kelas Permata Hati. Semua murid terlibat dengan peperiksaan tersebut yang meliputi semua matapelajaran.

PK Delima
PK Zamrud
PK Mutiara
PK Baiduri
PK Intan


Monday 20 May 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA PENDIDIKAN KHAS 2019

Majlis Berbuka Puasa Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 Mei 2019 di Homestay Khaizaki, Bandar Tenggara. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan di kalangan murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah terus merahmati kalian. InsyaAllah.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas
Solat Maghrib berjemaan
Solat Maghrib berjemaah
Antara juadah yang dihidangkan
Para pelajar mengambil makanan
Pelajar perempuan yang hadir
Sebahagian pelajar yang hadir
Sebahagian pelajar lelaki yang hadir
Penyediaan juadah berbuka
Murid mengambil makanan yang disediakan


Friday 3 May 2019

SAMBUTAN IHYA RAMADAN SMK BANDAR TENGGARA 1440H

Sambutan Ihya Ramadan 1440H, telah diadakan pada 2 Mei 2019 di Dewan Permata. Sambutan dimeriahkan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Muliade B. Umat dari SMK Tanjung Pengelih, Pengerang. Dalam program terebut juga diadakan pelancaran Imam Muda SMK Bandar Tenggara 2019. Semua pelajar telah menyertai program tersebut.

Bacaan ayat suci al-Quran
Ucapan perasmian oleh Pengetua, Pn. Noraini Mohd Nor
Sebahagian pelajar yang turut serta
Antara pengisian ceramah yang disampaikan
Antara pengisian ceramah yang disampaikan
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muliade