Friday 8 June 2018

MAJLIS QURAN HOUR,KHATAM AL QURAN DAN GEMA SYAWAL 2018

SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Majlis Quran Hour, Khatam Al Quran dan Gema Syawal pada 7 Jun 2018 di Dewan Permata. Semua murid telah terlibat dalam program tersebut. Objektif utama program ini ialah menyemarakkan penghayatan al Quran dan menyemai semangat belas ehsan di kalangan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan Quran Hour selama sejam, diikuti oleh Khatam Al Quran dan diikuti dengan program Gema Syawal. Program Gema Syawal memberi sumbangan kepada warga sekolah yang memerlukan terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam program tersebut dan yturut menerima sumbangan. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara guru dan murid SMK Bandar Tenggara.

Barisan Imam Remaja yang mengetuai tadarus alQuran
Barisan Imam Remaja
Murid PPKI turut serta
Murid yang turut serta dengan Quran Hour
Perempuan yang menyertai Quran Hour
Penyampaian sumbangan kepada pekerja pembersihan swasta
Penyampaian sumbangan kepada pekerja pembersihan swasta
Penyampaian sumbangan kepada murid PPKI
Penyampaian sumbangan kepada Nurizzuhanna Balqis
Penyerahan kad raya kepada Pn. Noraini, Pengetua SMK Bandar Tenggara
Murid-murid PPKI yang ceria bersama Pn. Norfatimah
Sesi bersalam-salaman sebelum cuti
Merawatkan ukhwah


MAJLIS PERPISAHAN PN. NORFATIMAH BT A GHANI

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Pn. Norfatimah Bt A Ghani yang akan berpindah ke negeri Perak menjelang sesi persekolahan yang akan datang. Majlis perpisahan telah diadakan pada 6 Jun yang lalu di kelas Pendidikan Khas. Selain ucapan dan penyerahan hadiah penghargaan, turut diadakan ialah acara memotong pulut kuning. Selamat Maju Jaya

Bergambar kenangan bersama Pn. Norfatimah
Barisan guru-guru dan PPM
Acara memotong kek
Penyampaian hadiah penghargaan
Penyampaian hadiah oleh wakil murid
Penyampaian hadiah oleh Pn. Siti Khalijah
Juadah yang dibekalkan
Pulut kuning
Ucapan wakil murid
Ucapan yang diraikan
Ucapan GPK Pendidikan Khas

PROGRAM IHYA RAMADAN 1439H / 2018

Sempena bulan Ramadan 1439H ini, MAKDIS SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Ihya Ramadan yang melibatkan semua murid Islam. Antara program yang dijalankan ialah tadarus al-Quran, pertandingan azan, hafazan dan kuiz Pendidikan Islam. Murid PPKI turut terlibat dalam pertandingan yang dijalankan dan telah menjadi Johan pertandingan Azan (Muhamad Aqaffi) dan Naib Johan Hafazan (Muhamad Aiyzat). Tahniah diucapkan.


Aqaffi memperdengarkan azan
Muhamad Hazmi sedang azan
Muhamad Syafiq Sulaiman
Muhamad Haziq Hairul
Kuiz Pendidikan  Islam di Bilik Seminar
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3

Muhamad Haziq Hairul sedang diuji
Muhamad Aiyzat sedang diuji
Johan Pertandingan Azan

Naib Johan Pertandingan Hafazan lelaki

BISKUT TART KELAS ASAS MASAKAN PPKI SMK BANDAR TENGGARA

Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang akan menjelang, kelas Asas Masakan kendalian Pn. Siti Khalijah Rahim dan Pn. Nor Fatimah A Ghani telah mengambil inisiatif menjalankan perniagaan Biskut Tat Nanas Gulung. Program yang dijalankan semasa kelas Asas Masakan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara pengendalian biskut tersebut. Tempahan yang diterima sangat menggalakkkan. Tahniah diucapkan.

Kelas Asas Masakan

Sapukan telur dan menyusun biskut yang telah siap

Menerap adunan

Murid lelaki turut berbakat