Sunday 28 January 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 33 TAHUN 2018

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Bandar Tenggara kali ke 33 telah diadakan pada 27 Januari 2018 di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Wira Halimah Binti Mohd Sadique, Ahli Parlimen Tenggara merangkap Timb Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar. Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2017 turut dijalankan. Tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI yang telah menerima anugerah dalam majlis berkenaan.

Banner Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33 SMKBT
Pendaftaran ibubapa yang merupakan ahli PIBG
Suasana di dalam Dewan Permata semasa mesyuarat sedang berlangsung
Sebahagian ibubapa yang hadir
Barisan pentadbir dan AJK PIBG SMK Bandar Tenggara 2018/2019
Ketibaan YB Dato' Wira Halimah Binti Mohd Sadique
Persembahan zapin oleh pelajar SMKBT
Ucapan pengetua SMKBT, Pn. Noraini Binti Mohd Nor
Ucaptama perasmian oleh Yb. Dato' Wira Halimah Binti Mohd Sadique

Penyampaian hadiah kepada Nur Izzuhanna Balqis
Penyampaian hadiah kepada Muhd Amirul Safwan
Penyampaian hadiah kepada Muhd Hakimi
Penyampaian hadiah kepada Parid Bin Zaidi
Pengacara bertugas


Saturday 27 January 2018

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2018

Program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 25 Januari 2018. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada 36 murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa






Thursday 25 January 2018

INKLUSIF MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGAKAP SMKBT 2018

Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 24 Januari 2018 di Makmal Sains 3. Murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat secara aktif dalam mesyuarat agung tersebut sebagai sebahagian pendidikan inklusif yang harus diikuti oleh semua murid PPKI. Dua orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut dipilih sebagai AJK persatuan iaitu Parid Bin Zaidi dan Wan Rabiatul Suhada Binti Wan Azman.Selepas selesai mesyuarat agung, semua murid telah memperbaharui Persetian Pengakap dan menyanyikan Lagu Rasmi Pengakap Malaysia.


Sebahagian murid PPKI yang terlibat dalam mesyuarat agung Pengakap
En. Mohd Hassry sedang memberikan taklimatnya
Senarai AJK Tertinggi Pengakap yang telah dilantik
Wan Rabiatul Suhada memberikan maklumat sebagai AJK Pendidikan Khas
Parid sedang memberikan maklumat peribadi sebagai AJK Pendidikan Khas
Semua ahli Pengakap sedang memperbaharui Persetiaan Pengakap
Murid PPKI sedang memperbaharui Persetiaan Pengakap
Semua ahli Pengakap sedang menyanyikan Lagu Rasmi Pengakap Malaysia
Mesyuarat Agung Pengakap sedang berlangsung



Sunday 21 January 2018

HARI DISKUSI PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2018

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Hari Diskusi PPKI SMK Bandar Tenggara pada 21 Januari 2018 di Bilik Seminar SMKBT. Program ini bertujuan memberi peluang perbincangan antara ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hal persekolahan, program dan RPI. Dalam program ini juga, Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara Sesi 2018-2019 turut dijalankan. Majlis disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Noraini Binti Mohd Nor bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Senarai AJK Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT Sesi 2018-2019

Pengerusi      : En. Raden Raya Bin Muri
N. Pengerusi : En. Sulaiman Bin Kahol
Setiausaha     : Pn. Siti Khalijah Bt Rahim
Bendahari      : Pn. Norfatimah Bt A Ghani
AJK              : 1) Pn. Melati
                       2) Pn. Suria
                       3) En. Raja Noor Mohd Bin Raja Mohd Noor
                       4) En. Mohd Noor Azimi Bin Ibrahim
                       5) En. Abdul Halim Bin Jumrah



Ucapan alu-aluan Pn. Noraini Binti Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara
Taklimat GPK Pendidikan Khas, Pn. Hajah Khairani Binti Hamdan
Pendaftaran ibu bapa 
AJK Pendaftaran
Sebahagian ibu bapa yang hadir

Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT
Sesi Diskusi PK Baiduri
Sesi Diskusi PK Delima
Sesi Diskusi PK Intan
Sesi Diskusi PK Mutiara
Sesi Diskusi PK Zamrud


                   

Wednesday 17 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BANDAR TENGGARA 2018

Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 17 Januari 2018 di sekitar Bandar Tenggara. Semua murid SMK Bandar Tenggara telah terlibat termasuk murid PPKI SMK Bandar Tenggara. Program dimulakan dengan senamrobik oleh pelajar-pelajar Pra Universiti. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor dan YDP PIBG SMK Bandar Tenggara, En. Ahmad Bin Saian. Pemenang bagi kategori Pendidikan Khas adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki PK
1. Raja Mohd Adnan Bin Raja Noor Mohamad (Kasturi)
2. Muhamad Zairul Akhbar Bin Jamaludin (Jebat)
3. Muhamad Nor Farhan Bin Nazarudin (Jebat)
4. Ahmad Kamri Bin Mohd Meli (Jebat)
5. Muhd Fakhrul Radzi Bin Azmi (Tuah)

Kategori Perempuan PK
1. Nurnatasha Bt Mohd Aris (Jebat)
2. Nor Atikah Bt Jalil (Jebat)
3. Nurul Asyikin Bt Ruslan (Jebat)
4. Noraida Binti Bahtiar (Lekir)
5. Najeeha Azwa Bt Mohd Jais (Kasturi)

Keputusan Keseluruhan
Johan - Kasturi
N. Johan - Jebat
Ketiga - Tuah
Keempat - Lekir



Sebahagian murid lelaki PPKI yang mengambil bahagian
Murid lelaki PPKI turut mengambil bahagian
Taklimat pertandingan oleh En. Mohd Fairuz 
Senamrobik di Dewan Permata
Hafizudin(PK4) bersemangat semasa senamrobik
Murid PPKI turut menyertai senamrobik di Dewan Permata
Kategori Lelaki 13 dan Pendidikan Khas
Kategori Lelaki 18
Peserta kategori Perempuan 18

Peserta kategori Pra Universiti
Barisan peserta kategori Guru Wanita
Barisan peserta kategori Guru Lelaki
Peserta lelaki sedang bersedia
Izzuhana Balqis dan Aishah pada peringkat awal larian
Syafiq Sulaiman dalam larian solo
Hairul dan Aqaffi semasa sesi bergambar
Ahmad Kamri dan Fakhrul Razi meneruskan cabaran
Najeeha Azwa seronok meneruskan larian
Garisan penamat
Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat PK
Noor Alif Aiman menamatkan larian
Muhamad Aiyzat menamatkan larian
Najeeha Azwa menerima pingat kemenangan
Zairul Akhbar menerima pingat kemenangan