Saturday 23 May 2015

PERTANDINGAN NASYID PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2015

Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2015 telah diadakan di SMPKV Indahpura pada 21 Mei 2015 yang lalu. Pasukan Nasyid Sautul Rahman dari SMK Bandar Tenggara telah memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.












Sunday 17 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015. GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Sambutan Hari Guru 2015 yang bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURKAN AKHLAK telah dijalankan di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara pada 17 Mei 2015. Murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam persembahan sempena meraikan sambutan tersebut di bawah kelolaan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi dan Pn. NurFadhilah Bt Zakariah.





















Saturday 9 May 2015

PROJEK TANAMAN JAMBU BATU

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Projek Tanaman Jambu Batu menerusi Subjek Kemahiran Hidup Perkebunan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid Permata Hati berkenaan tanaman jambu batu secara komersil. Tanaman yang diusahakan oleh murid-murid ini, dikelolakan oleh Pn. Noraina Bt A Samad. Melalui projek ini, murid-murid didedahkan dengan kaedah tanaman, cara pembungkusan dan pemasaran buah sama ada secara terus atau diproses menjadi produk hiliran.











Friday 1 May 2015

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2015

Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2015 telah diadakan pada 20 April 2015 yang lalu di SMK Sultan Alauddin. Pertandingan tersebut melibatkan 8 buah sekolah dalam daerah Kulaijaya. Dalam pertandingan tersebut, SMPKV Indahpura telah muncul johan menewaskan gabungan SMK Senai dan SMK Kangkar Pulai. Tempat ketiga disandang oleh SMK Sultan Alauddin manakala SMK Bandar Tenggara sekadar tempat keempat.








MAJLIS PERPISAHAN EN. KHAIRUL AIME & CIK NUR AFIQAH

Majlis Perpisahan En. Khairul Aime dan Cik Nur Afiqah telah diadakan pada 30 April 2015 bertempat di Kelas Permata Hati. En. Khairul Aime telah dipindahkan ke SMK Taman Putri, Kulai manakala Cik Nur Afiqah yang merupakan guru ganti telah menamatkan perkhidmatan. Selamat maju jaya dan semoga bertambah cemerlang di tempat baharu. Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.







MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI BULAN JANUARI - APRIL 2015

Pada 30 April 2015 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi bagi bulan Januari - April. Bagi menjayakan program ini, semua juadah dan kek telah disediakan dan dihias oleh murid-murid dengan bantuan guru-guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum acara memotong kek mengikut bulan Januari hingga April dan diakhiri dengan jamuan.






PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2015

Jabatan Pendidikan Johor telah menganjurkan Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Negeri Johor di Batu Pahat pada 29 April 2015 yang lalu. Program tersebut turut disertai oleh dua orang murid SMK Bandar Tenggara yang terpilih mewakili daerah Kulaijaya. Walaubagaimana pun, cabaran mereka tersekat di peringkat suku akhir. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha.