Monday 13 April 2015

SEMARAK ISLAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015

Peserta Pertandingan Bercerita Kisah Nabi kategori Junior dari SMK Bandar Tenggara telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Semarak Islam Pendidikan Khas Negeri Johor yang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, Ayer Baloi, Pontian pada 13 April 2015. Tahniah diucapkan.







Saturday 11 April 2015

UJIAN SEGAK 2015

Murid-murid Pendidikan Khas turut terlibat dalam Ujian Segak 2015 yang telah dijalankan pada 1 April 2015 yang lalu. Program ini dikendalikan oleh En. Khairul Aime B. Mohd Termizi selaku Guru Pendidikan Jasmani Pendidikan Khas. Semua murid terlibat dalam ujian tersebut yang melibatkan 7 stesen. Program tersebut atas kerjasama Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SMK Bandar Tenggara.


















Friday 10 April 2015

JOHAN PERTANDINGAN PETANQ PIALA PENGETUA SMK TAMAN PUTRI, KULAIJAYA 2015

Pertandingan Petanq Piala Pengetua SMK Taman Putri, Kulaijaya kali ke 3, 2015 telah dijalankan pada 8 April 2015 lalu bertujuan merapatkan ukhwah dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan petanq di peringkat daerah Kulaijaya. Dalam pertandingan tersebut, SMK Bandar Tenggara telah muncul Johan Keseluruhan Sekolah Menengah apabila semua atlet beroleh kejayaan:

Johan Keseluruhan Sekolah Menengah : SMK Bandar Tenggara
Johan Lelaki                                           : Khairul Hazizi B. Ahmad
Johan Perempuan                                   : Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin
Johan CP                                                : Arifuddin B. Ibrahim
Ketiga DS                                               : Najeeha Azwa Bt Mohd Jais

Tahniah diucapkan









Tuesday 7 April 2015

SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2015

Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2015 telah dijalankan pada 6 April 2015 yang lalu di PKG Sungai Sayong, Kulaijaya. Program tersebut bertujuan memilih wakil Pendidikan Khas Kulaijaya ke pertandingan peringkat negeri di Pontian pada bulan Mei. Dalam majlis tersebut, Muhammad Danial B. Nor Remee telah terpilih mewakili daerah dalam Pertandingan Bercerita Kisah Nabi bagi kategori Junior. Senarai peserta SMK Bandar Tenggara adalah seperti berikut:

1. Muhammad Danial B. Nor Remee (Bercerita Kisah Nabi - Junior)
2. Faris B. Airman (Hafazan -Junior)
3. Muhammad Nor Fahis B. Nazaruddin (Tilawah Al-Quran - Senior)
4. Khairul Hazizi B. Ahmad (Azan - Senior)

Tahniah diucapkan.












Friday 3 April 2015

AGOONOREE JOHOR 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah menganjurkan Agoonoree Johor 2015 di Kem PLKN YPJ Sekakap, Mersing, Johor dari 29 Mac - 2 April 2015 yang lalu. Program tersebut telah disertai oleh semua daerah dalam negeri Johor. Pelbagai aktiviti disediakan seperti berkayak, flying fox, absailing, permainan koperatif, tripod, memamah dan memukat.  Tiga orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara dan dua orang guru telah terpilih mewakili daerah Kulaijaya iaitu:

Murid
Mohamad Hakimi B. Mohd Affandi
Nor ATikah Bt Samat
Nur Natasha Bt Mohd Aris

Guru
En. Mohd Hassry B. Mustakim
Pn. Sahira Haryati Bt Sairi