Monday 30 July 2018

KURSUS ASAS PENANAMAN NANAS 2018

Kelas PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Penanaman Nanas di Ladang Nanas NARSCO Bandar Tenggara pada 30 Julai 2018. Kursus dijalankan dengan kerjasama NARSCO (Koperasi Pekebun Kecil Getah Kebangsaan). Dalam kursus tersebut, murid didedahkan dengan kaedah penyediaan tanah, penanaman benih nanas dan kawalan makhluk perosak. Tahniah diucapkan.

Bergambar kenangan di ladang nanas
Taklimat yang disampaikan oleh En. Aris dari NARSCO
Peserta perempuan bersama jentera membuat batas
Peserta perempuan cuba menanam nanas

Pemasangan sungkupan tanah
Teknik menanam yang ditunjukkan oleh En. Saat dari NARSCO
Antara peserta yang terlibat
Komitmen tinggi yang ditunjukkan
Pemasangan sungkupan tanah
Berjaya menanam 700 pokok nanas
Demonstrasi tanaman nanas
Bersama nanas yang mulai berbuah
Pemilihan anak benih nanas
Membuat lubang tananam
Panas terik
Peserta perempuan sebelum penanaman
Kumpulan ke 2
Hasil tanaman hari ini

Friday 27 July 2018

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2018

Perkhemahan Motivasi Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 25-26 Julai 2018 di Kem Belukar Durian, Sedili Kota Tinggi. Seramai 35 orang murid telah menyertai kem tersebut dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Azrul Nizam B. Abd Rahim, Penolong PPD Unit Kokurikulum PPD Kulai. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan kecemerlangan dalam rekreasi luar.

Selepas aktiviti meredah lumpur
Ketibaan poeserta perkhemahan
Mendirikan khemah
Di hadapan khemah
Ice breaking
Persembahan kumpulan
Membakar roti lilit
Pemandangan di menara tinjau
Pemandangan di kawasan paya bakau
Pemandangan di paya bakau
Aktiviti meredah lumpur paya bakau
Aktiviti mencari lokan
Aktiviti memancing
Lawatan ke Pusat Penternakan dan Penerasan Belangkas
Lawatan ke tapak ternakan
Bersama belangkas
Bersama udang kara
Aktiviti di Pantai Tanjung Buluh
Di Pantai Tanjung Buluh
Kumpulan terbaik : Kumpulan Halia
Peserta Terbaik : Muhamad Zairul Akhbar
Majlis Penutup


Wednesday 18 July 2018

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA NEGERI JOHOR 2018

Pertandingan Petanque ANGKASA Negeri Johor 2018 telah diadakan pada 14 Julai 2018 di Gelanggang Petanque MBJB Johor Bahru. Pasukan Petanque SMK Bandar Tenggara yang diwakili oleh murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah berjaya menyertai pusingan akhir. Pasukan lelaki yang diwakili oleh Zairul Akhbar, Fitri Aiman dan Raja Mohd Adnan telah berjaya mendapat tempat Keempat manakala pasukan perempuan yang diwakili oleh Wan Rabiatul Suhada, Nurain dan Nurnatasha terkandas di Suku Akhir. Tahniah diucapkan. Hadiah disampaikan oleh YB Tuan Haji Sheikh Umar Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif.

Majlis penyampaian hadiah oleh YB Tn Hj Sheikh Umar
Pertandingan sedang dijalankan
Aiman sedang beraksi
Kategori perempuan
Pertandingan tempat ke 3 / ke 4
Suku Akhir
Bergambar beramai-ramai
Peserta perempuan
PPKI SMK Bandar Tenggara
Bersama hadiah kemenangan